Terima kasih atas kunjungan anda. Jangan lupa untuk subscribe. Jadilah seorang daripada the 'Followers' blog ini!

Tuesday, December 29, 2009

Selayang Indah Ke Selayang Capitol

Yesterday aku cuti....tapi kena gi ke Hospiotal Selayang coz my wife ada audit. Aku ambik peluang untuk cat kereta aku yang dah tertangguh. Cari punya cari jumpa satu bengkel kat Selayang Indah - Yamin Garage. Cat bonet dengan bumper RM 350...agak mahal..tapi aku dah survey banyak kedai...semua nak RM400. Kira oklah.

Aku hantar jam 10.00 pagi... katanya boleh siap petang...aku pun tak tau nak buat apa. Since aku dah lebih 5 tahun tinggalkan Selayang rasa macam nak ronda-ronda dulu. Pilihan yang ada...teksi, bas or menapak. Aku pilih menapak menuju arah Selayang Mall..lebih kurang 1 km aku singgah satu kedai kopi...pekena roti canai dan milo ais. Sambil layan milo ais pekat tu..fikiran aku berputar...mana nak pergi.

Lepas bayar makanan aku pun meneruskan langkah sambil melihat-lihat sekeliling macam YB lawat kawasan. Sedar tak sedar aku dah sampai depan Magna ville. Fuh...dah 2 km aku menapak...tak rasa penat sangat...ungkin sebab pagi ni tak panas sangat. Aku lepak kat bus stop ambik angin.

Lebih kurang 5 minit aku sambung lagi menapak sampai Selayang Capitol (The Summit). Masuk shopping complek tu lega lah sikit...ada accond. kalau dikira...aku menapak dari Selayang Indah ke Selayang Capitol lebih kurang 3KM...ok jugak stamina aku...he he..he. Apalah nak dibandingkan dengan org-org tua yang bersemangat berjalan dari Safar ke Marwah.

Jam baru 11 a.m. apa nak buat lagi. Aku beli Revive 1 tin dan lepak kat cafe depan GSC. Lepas tu aku pergi kaunter tengok citer apa yang ada... Aku beli tiket citer Bodyguard & Assasin...and seberkas popcorn. Layan je lah....

Habis movie aku gi solat. jam baru 2.30 p.m. Aku singgah kat kedai karaoke. RM1 je satu lagu. Ok jugak ni. Aku pun bayar RM10 ambik air mineral 1. Ada 8 lagu untuk aku layan. Belasah je lah... Lagu-lagu pilihan:
1. Jangan kau ucap selamat tinggal - Fotograf (Best)
2. Pencinta - Lefthanded (Best)
3. Sampai Syurga - Faizal Tahir (suara dah nak serak)
4. Lonely No More - Rob Thomas (laju sangat...)
5. **** aku tak ingat kagu apa....hi..hi..hi
6. Haruskah - Rio (Hampeh salah lagu. Layu di hujung mekar pun start ngan haruskah)
7. Layu di hujung mekar - Rio
8. Lagu kita - Aizat

Macam janji je...budak bengkel call kata kereta dah siap. Aku pun mula menapak balik.. sampai depan petronas depan selayang capitol aku nampak teksi baru habis isi gas.. Ahhhh..... naik teksi lah pulak. Sampai Selayang Indah charge meter RM 6. maknanya kos aku menapak tadi pun RM6 lah jugak......

Sekian terima kasih kerana korang sudi baca aku mengarut...kah..kah..kah

Sempoi.. share on: : facebook

Friday, December 11, 2009

Tanda-tanda Hari Jumaat

Lamanya aku update blog ni... Hujung-hujung tahun ni kerja memang banyak..badan pun asyik tak sihat je...Yesterday aku mc sakit perut..Ini pun ada rasa nak terkucil aku tahan Jebat!!!!

Hari ni aku nak kongsi cerita tanda-tanda hari Jumaat. Ini adalah daripada pemerhatian aku...and kalau korang ada nak tambah..sila tambah dalam komen ye...

Hari Jumaat bermula pada petang Khamis....
1. Orang akan balik sharp office hour. 5.30p.m. opis dah kosong..
2. Jalan raya jem lebih dari sebelumnya...ialah semua orang balik serentak..on time.
3. Kedai makan akan penuh untuk diner...para isteri diberi kelonggaran untuk berehat..
4. Surau/masjid lebih ramai orang...baca yassin.
5. Taman perumahan/flat/apartment lebih sunyi sebab orang tidur awal
6. Kalau keluar awal ke pejabat...jalan clear...kalau lewat sikit...jem gila...kebanyakan orang akan keluar lewat sikit dari biasa.
7. Para wanita memakai baju yang sopan..kebanyakannya baju kurung..termasuklah non-muslim
8. Ramai juga lelaki yang pakai baju melayu ke pejabat.
9. Masjid penuh...yelah sembahyang Jumaat.
10. Panggung wayang/shopping penuh dengan wanita pada jam 12.30 - 2.30 p.m.
9. Kebanyakan orang dipejabat ceria je...lepas lunce time..yelah esoknya cuti.
10. Jalan Jem masa balik...melengkapi cycle tanda-tanda hari Jumaat...

Wallahualam..

Sempoi.. share on: : facebook

Monday, October 12, 2009

Baiknya Anak Ayah

Last Friday my dept adakan majlis raya... biasalah...syawal tak habih lagi. Since maid aku balik kampung & aku tak sempat lagi register anak-anak aku kat nursery, terpaksalah aku bawa anak aku tu ke pejabat. So this time giliran Hilmi Al-Hafiz da Youngest One utk meneman aku. Risau juga kalau-kalau dia meragam since dia tak pernah ikut aku ke pejabat. Masuk office je dah kena panggil meeting... so Hilmi terpkasa aku tinggalkan menonton Barney & Friends .. dia tak nangis pun...ok kot.....  Baiknya anak ayah.

After 1 hour meeting aku balik ke meja aku... Hilmi didukung oleh Ismalisa... office mate.. Katanya baru nangis sebab cari ayah. Tapi tak lah meraung... esak-esak aje. Tu pun keropok bawang dekat sebalang dia makan. TQ Lisa.... kira dekat sejam baru nak nangis  kira ok lah tu...Baiknya anak ayah.

11.30 Jamuan Raya start... aku decide utk tukar baju Hilmi...pakai baju melayu... hormat majlis. Yelah anak aku bukan dlam senarai jemputan. Di majlis orang semua puji...comelnya.... baiknya...hensemnya.... memangpun tengoklah sapa ayahnya... he..he..hee.. Ramai juga yang nak jadi 'ibu tumpang'.. so senang lah aku nak makan. Hilmi pun tak kisah siapa yang dukung... pimpin...layan. yelah...3 kotak ais-krim dia makan hari tu. Baiknya anak ayah.

Solat Jumaat aku hantar Hilmi pada isteri aku di Serdang. Lepas solat aku tak ambil Hilmi semula coz my wife kata tak perlu sine Hilmi nak main dengan her sister Huda. Petang tu aku baca dlm my wife facebook... and she complained about hilmi and huda yang nakal dan kacau dia buat kerja.... Hemmm tadi baiknya anak ayah.

Anak ayah memang baik... tapi bila nampak ibu....karektor mereka akan berubah...tak taulah kenapa....

Sempoi.. share on: : facebook

Tuesday, October 6, 2009

Apa ada pada nama...

Salam... agak lama juga aku tak post anything dlm blog nih. Lepas raya ni idea susah pulak nak keluar.
Sebelum tu aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua maaf zahir batin. Walaupun hari ni dah masuk 17 syawal tapi aku rasa kat Lembah Klang ni sambutan raya sampai 30 syawal.

Hari ni tetiba aku dapat alert ada someone nak add aku YM.nick dia najwa79xxxx. Aku ingatkan awek mana nak jadi fan aku..rupanya Iza Izlina office mate da.... Aku tanya dia kenapa nick dia beza sangat compared to her name.

So dia explaint lah...actually nama asal dia lain tapi masa baby selalu menangis dan selalu jatuh then parent dia jumpa one ustaz minta tolong 'tengokkan'. Ustaz tu advised supaya ditukarkan nama sebab nama asal tu berat sebab banyak sangat 'Nur'. So Iza i hope u tak marah aku kongsi cerita ni sebab ini bukan kali pertama aku dengar. Keluarga wife aku ada cerita macam ni... anak menakan (anak buah) wife aku namanya Mohd Fairuz... tapi dipanggil Shaudin. Kisahnya masa baby datuknya (bapa mertua aku) bagi nama Shaudin... tapi kakak ipar aku register ikut pilihan dia Mohd Fairuz. Nak dijadikan cerita...lepas tu baby tu asyik cirit je. Lepas tu bapa mertua aku advised diaorang untuk panggil baby tu dengan nama asal yang dicadangkan i.e. Shaudin dan alhamdulillah lepas tu masalah tu tak jadi lagi...Actually ada beberapa lagi kes yang aku dengar, tapi cukuplah 2 kisah ni untuk kita sama-sama berfikir...

Mungkin bagi kebanyakan drpd kita yang morden rasa semua ni karut, tapi bagi aku ni semua tak mustahil...semua nya kuasa tuhan. ilmu yang kita ada ni sememangnya hanya setitis daripada air lautan. Banyak lagi rahsia ilmu yang kita tak tahu. Hadith juga ada mengatakan bahawa nama tu adalah doa.

Moral of the story...
1. Bagilah nama yang baik untuk anak-anak kita
2. Janganlah panggil seseorang dengan gelaran yang buruk
3. Nama yang sedap bunyi tu tak semestinya elok maknanya

Sempoi.. share on: : facebook

Thursday, September 17, 2009

27 Ramadhan


Hari ni masuk hari yg ke 27 kita berpuasa. Moga-moga ibadah kita semua diterima oleh Allah...
Pagi ni aku masuk kerja walaupun aku dah minta cuti. Helmi pun dah keluar hospital petang semalam so lega lah sikit...Tq pada semua yang berdoa untuk Helmi.

Suasa di office agak tenang since ada yang dah bercuti raya. Yang kedengaran ialah dendangan lagu-lagu raya yang 'diplay'kan oleh bebudak office. Aku doakan agar kita semua selamat sepanjang cuti raya ni...especially member-member yang nak balik jauh..macam same, sarah, sham, izman, che' ark, ina dan lain-lain.

Aku baru je made some improvement pada blog ni. So harap kengkawan dapat berikan comment yang membina untuk aku improvekan lagi blog ni...

Berhati-hati di jalan raya...

Sempoi.. share on: : facebook

Tuesday, September 15, 2009

A new Gear

As announced in the Liverpoolfc.tv today, Liverpool fc has engaged with standard charted for a lucrative sponsorship. This mean Liverpool is gonna have a new gear with no more carsberg logo!

Lepas ni lebih ramailah orang pakai jersi liverpool 'original' kat Malaysia...

Sempoi.. share on: : facebook

Hilmi Oh Hilmi


Last Friday aku bawa Hilmi ke KK Branang. Since demam dia terlalu tinggi sampai 40 c and ada tanda-tanda pneumonia, doktor adviced us to bring him to hospital. So Hilmi admitted at Serdang Hosp since that day sampai hari ni masih tak keluar. Mayb khamis baru keluar coz doctor nak completekan cycle Tamiflu dan antibiotic for 5 days. Tak pa lah...asalkan sihat...raya pun ada hujung minggu ni.

By the way aku nak citer ckit pasal pengalaman masa jaga anak aku...kalau citer pasal masalah service hospital tentulah dah biasa dengar...so aku cityer lain sikit. Last night ada sorang baby 1 bulan baru masuk & placed kat sebelah katil anak aku. Suspected meningitis. Anak pertama for the parent...ibu orang Kelantan, Ayah orang Perak. Baby ni memang asyik menangis je...yelah baby..mana tau cakap.. tapi yang kesiannya si mak asyik mengomel je sebab anak dia tak mau diam. Mungkin sebab dah letih agaknya & tak de pengalaman... Baby tu buakannya faham apa ko cakap..nampaknya dia memang jenis tak tahan sabar. Yelah, kalau kita letih, otak pun penat kekadang kita tak berfir secara rasional..tu yang cakap pun main lepas je.... Nasib baiklah ayah dia datang sekejap hantar makanan.. barulah ok sikit...ayah dia siap mendodoi baby to dengan zikrullah...barulah anak tu diam sikit.

Moral of the story:
1. Sabar dan cuba kawal emosi walau dalam apa keadaanpun.
2. Hargai ibu kita yang jaga kita dulu.
3. Suami Isteri perlu saling kerjasama...bukan kerjasama buat anak je...

Sempoi.. share on: : facebook

Thursday, September 10, 2009

Apo nak buek....

Confirm..taun ni tak do bonos.....apo nak buek....dah tak do jokii.
Pado yang dapek bonos tu, bersyukorlah...awak dapek..orang lain tak.
Pado anak-anak buah, paham-paham lah yo...duit gayo taun ni tak do...apo nak buek..
Pado anak-anak kek umah, apo yang dah boli tu...pakai la jo... cantik laii tu...
Pado orang umah, taun ni kuih-kuih gayo buek sendiri yo...oven dah boli taun lopeh laii...buku resepi pun dah ponoh satu lemari tu... ni la maso nak tunjuk'an skill awak tu...
Pado kengkawan, taun ni tak do open house... korang bueklah...aku datang punyo...
Pado Bos, den cuti seminggu ...gayo lah katokan...kalau ado masalah kek opis jangan tipon den... den poii gayo kek Kenya..tak do line tipon... kalau nak mintak den tipon..mintak maap lah... bill sapo nak baya.... apo nak buek...bonos tak do...

~ Maap Zahir Batin ~

Sempoi.. share on: : facebook

Friday, August 21, 2009

1 Ramadhan


Malam 1 Ramadhan ni aku bergegas untuk pulang ke rumah dari office. Ku sangkakan panas sampai ke rumah, rupanya hujan di tengah highway. Oleh kerana aku memikul notebook di belakang, nampaknya aku terpaksa bertarawikh di Petronas Sunway Semeyih. Nasib baiklah ada free wifi. Thank you to the mgmt of this station. Bolehlah aku jadikan pusat persinggahan bila-bila perlu nanti. Jangan tukar password ye!

Terlanjur aku dah blogging ni, aku nak ucapkap selamat menyambut puasa kepada semua. Dan aku minta maaf kalau ada buat apa-apa kesalahan kepada korang semua.

Sempoi.. share on: : facebook

Tuesday, August 18, 2009

Kekalutan H1N1


Nampaknya sekarang virus H1N1 ni makin menggila.... apa taknya orang yang tak sakit pun jadi macam orang sakit. Nak pergi ke mana-mana pun rasa tak selamat. Bila tengok ramai orang pakai face-mask kat shoping teringat aku cerita movie 'Outbreak'. Lebih kurang sama kisah pasal selsema tapi virus dalam cerita tu originated from a monkey yang terdedah pada senjata kimia.

Wife aku dah 10 hari demam dan batuk. Anak aku dekat 2 minggu tak pergi sekolah...kalau pergi pun cikgu suruh balik sebab batuk.

Aku selitkan gambar masa bawa isteri aku pergi klinik kesihatan Beranang. Baru jam 7.30 pagi orang dah ramai. Ada seorang nenek yang demam selsema sedang sesak nafas minta tolong orang panggilkan doktor. Yang kesiannya menantu dia hantar sampai pagar klinik pastu gi kerja. Apa punya menantu hantu. Patutnya dibawa terus ke hospital!

7.30 pagi klinik belum buka...org ramai yg ada kat situ panggil Nurse supaya buka pintu klinik. Yang kelakarnya pintu klinik tak boleh dibuka sebab mangga kunci rosak..Tu gambar org ramai cuba buka mangga kunci tuh... aku dengar suara kat belakang ..."Kunci Klinik Mengalahkan Bank". Nasib baik lepas 15 minit boleh dibuka... kalau tak..aku tak tau lah apa jadi pada nenek tuh. Aku harap pihak klinik tukarlah mangga tu cepat.. memalukan lah......

Sempoi.. share on: : facebook

Monday, August 17, 2009

Bowling @ Alamanda


Gambar ni untuk tatapan kengkawan semua. Hadiah tempat ke 3 Bowling Jemputan GEV 2009. Aku abadikan gambar ni sebab hamper besar tu dah tak wujud coz telah di'kekahkan' wargh..warhg..wargh.

Tahniah to 'Panjang' coz dapat bowlers terbaik....

Sempoi.. share on: : facebook

Tuesday, July 7, 2009

Selasa 7-7-09


Hari ini Selasa 7-7-2009...that's explained this blog posting..ha..ha..ha..

Dah lama rasanya tak tulis dalam blog ni. Tapi pagi ini, masa aku nak mulakan perjalanan ke office, aku tengok wajah 2 orang anak aku yg kecil tu..yang duduk ditepi pagar rumah 'mengiringi' aku sebelum berlepas...aku rasa terpanggil utk mengeluarkan handphone dan merakamkan gambar mereka utk diabadikan di dalam blog ini.

Terima kasih anak-anakku... kerana membuat aku merasa yang penat lelah yg aku lalui selama ini utk mencari rezeki buat kita sekeluarga bagaikan sebuah novel cinta indah. Berdoalah agar ayah akan pergi dan pulang dengan selamat supaya kau dapat berlari dan memeluk ayah ketika ayah pulang nanti...
adisa_afandi ~ Selasa 07/07/2009 ~

Sempoi.. share on: : facebook

Wednesday, June 24, 2009

Modenisasi Paradigma

~Cabaran Anjakan Paradigma~
1. Daripada Ketegaran kepada Keanjalan.
2. Daripada budaya Output kepada budaya Outcome(Impak).
3. Daripada Birokrasi Yg Menyukarkan Kepada Birokrasi Yg Menyenangkan.

PM - MAPPA X

Sempoi.. share on: : facebook

Sunday, June 14, 2009

Journey to Pengkalan Hulu Part 2


Tepat jam 8.00 pagi 13/6/2009 bas mula bergolek menuju ke Pengkalan Hulu. Perjalanan yang mengambil masa 1 jam 30 minit melalui Kuala Ketil dan Baling dengan pemandangan panorama alam yang indah dan mengasyikkan. Walaupun ini kali ke2 aku ke sana, perasaan teruja tetap ada.
Gunung Baling yang menyambut kehadiran kami ke Pekan Baling mengingatkan aku aku kepada Arwah Mak Ngah yang baru beberapa bulan meninggal. Ketika melalui hadapan rumah Mak Ngah aku sempat merenung ke rumah tua di tepi sungai itu sambil membacakan Al-Fatihah.

Sempoi.. share on: : facebook

Thursday, June 11, 2009

Journey to Pengkalan Hulu

Pagi ni jam 4.00 pagi aku baru sampai di Kepala Batas lepas 5 jam perjalanan dari Semenyih.
Badan memang letih..maklumlah sampai rumah dari ofis jam 7.45 ptg gara-gara meeting sampai jam 6 lebih...

Base on pengalaman driving malam tadi... boleah aku katakan.. mata sangat mengantuk semasa jarum jam mencecah 12.oo tngah malam...bila jarum jam melebihi jam 2 pagi, rasa mengantuk terus hilang... tapi diganti dengan rasa pening-pening lalat.....Dibantu dengan setin Coffee Boss yang aku beli kat Petronas Tapah... I managed to drive straight to Kg Aman dengan kelajuan 110 kmj. Alhamdulilhlah... I have to rest now before continue my self for the jurney to Intura and Pengkalan Hulu 2moro..

Sempoi.. share on: : facebook

Friday, May 29, 2009

Java

Hari ini aku start tulis program menggunakan Java programming language. Since aku tak pernah buat program guna java...so nak mula tu memang menggagau kata org melaka. Minta si Nazri install, dia install JSP (Java server page). Totorial yg aku tengah study guna standard java (jdk).. Nak download latest JDK besar pulak failnya...nasib baik aku pernah download jdk1.5.0_07 masa aku kerja kat seriemas dulu...version lama pun ok lah...

So korang tunggulah...mayb aku akan cuba show some result from my speed learning...itu pun kalau aku tak fed-up, coz pengalaman awal aku ni rasa macam java ni leceh dan remeh sikit berbanding VB... mayb sebab aku belajar guna commad line kot... tak pa lah...bila dah faham konsep baru boleh belajar guna IDE.

Adios

Sempoi.. share on: : facebook

Thursday, May 28, 2009

Sorry United


Barca juara Champion League 2009......
Barca 2 : MU 0

Sorry la pada penyokong MU... Barca memang layak jadi juara mengikut prestasi final tsb.

Aku rasa kelemahan MU ialah bahagian Mid Field.... Barca dapat control Midfield so that keseluruhan game mengikut apa yang mereka rancang.

What ever.... this year Messi is the best player for this year.

Sempoi.. share on: : facebook

Monday, May 25, 2009

APC

Sempena penganugerahan APC 2008 yang aku terima pada 15 Mei 2009 lalu..di sini aku nak mengucapkan terima kasih... terutama sekali kepada mak dan abah yang sentiasa mendoakan kejayaan anaknya yang handsome ini (mak aku kata)..Isteri aku Siti Noor Atikah dan anak-anak aku Zulhazmi, Syazana Huda, Sofiya Hani, Zulhilmi kerana menjadi sumber inspirasi dan dorongan kepada aku untuk sentiasa berusaha bagi memajukan diri dan keluarga.


Tidak dilupakan anak buah aku (subordinate) ..Kalia dan Marliana...serta bekas anak buah Roshida yang banyak membantu aku mempelajari dan melaksakan tugas-tugas di pejabat.

Juga yang banyak memberikan bimbingan...Hajah Norini, Pn. Wan Munirah, Pn. Siti Jauyah..Kawan-kawan yang banyak membantu...Sarah, Salrina, Menong dan lain-lain.....Terima kasih.

Bersamalah kita mencapai kecemerlangan.

Sempoi.. share on: : facebook

Coffee Malaya


Ari tu aku pergi pembukaan restoran kawan aku En. Din di Bangi.
Restoran Coffee Malaya. Bila wife aku bagi tau yang En. Din nak bukak restoran, aku memang tak terkejut sebab tiap-tiap tahun aku pergi rumah dia punya open house memang dia masak sendiri. Masakannya juga tidak pernah mengecewakan.

So aku kat sini nak promote lah kepada kengkawan...bukan sebab En. Din (maybe sekarang kena panggil Chef Din) tu kawan aku... tapi sebab aku pasti korang takkan kecewa dengan rasa masakannya... sebab so far apa yang aku tau semua masakan Chef Din yang masak. Apa yang uniknya setiap resepi Chef Din cipta sendiri or modified sendiri.

Lokasi restorannya... aku tak taulah syeksen berapa.. tapi kalau dari Kajang...Jalan Reko menuju ke Hentian Bas, sebelum sampai simpang bandar baru bangi di sebelah kanan ada Stesyen petronas and kawasan rumah kedai.. Restorannya tepi jalan mengadap jalan ke Bandar Baru Bangi.

last time aku makan Kari Laksa dan Indonesian Noodle Sup memang sedap......

Sempoi.. share on: : facebook

Friday, March 6, 2009

Slumdog Millionare


Aku baru menonton filem ni Slumdog Millionare. Sebenarnya aku tak minat sangat filem hidustan, tapi memandangkan filem ni banyak menang oscar menyebabkan aku tertarik nak tengok...dan aku rasa sangat memuaskan. Kalau sesapa tak tengok lagi aku rekomen..utk korang tengok. Jalan cerita sangat menarik..lakonan sangat berkesan...My rating *****

Moral of the story: Lumrah manuasia susah nak percaya kepada orang yang tiada kedudukan...tapi kalau orang yg berpangkat, kaya, ternama...ramai yang akan percaya pada dia orang walaupun terang-terangan menipu.

Sempoi.. share on: : facebook

Tuesday, February 24, 2009

Cheetah


Salam.... lama gak aku tak tulis dlm blog ni.
Aku sebenarnya tengah tak de mood. Actually alu dapat invitation untuk join kumpulan pakar ict from my former boss, tapi somebody dah blocked the transfer at the last minutes...so aku fruss (betul ke ejaan ni) la skit since aku dah prepare my mind to go there.

What we can learn from this is, people will try they can to protect their interest eventhough they have to kill other person dream ( Orang akan cuba menjada kepentingan mereka dengan apa cara sekalipun walaupun ia akan membunuh impian orang lain).

However, i'm still proud of my self...sebab walaupun aku baru setahun lebih kat dept. ni, ade org nampak aku punya tallent.

What next?
Aku ingat aku nak pergi bercuti ke Maasai Mara wildlife Kenya. Boss aku tanya, apa pasal pilih Kenya? Sebabnya aku nak tengok haiwan terpantas didunia, cheetah, mengejar rusa..lalu menerkam leher rusa tersebut lalu diratahnya. Selain itu, aku pilih Maasai Mara sebab kat sana tak de talian telefon!


Sempoi.. share on: : facebook