Terima kasih atas kunjungan anda. Jangan lupa untuk subscribe. Jadilah seorang daripada the 'Followers' blog ini!

Tuesday, December 29, 2009

Selayang Indah Ke Selayang Capitol

Yesterday aku cuti....tapi kena gi ke Hospiotal Selayang coz my wife ada audit. Aku ambik peluang untuk cat kereta aku yang dah tertangguh. Cari punya cari jumpa satu bengkel kat Selayang Indah - Yamin Garage. Cat bonet dengan bumper RM 350...agak mahal..tapi aku dah survey banyak kedai...semua nak RM400. Kira oklah.

Aku hantar jam 10.00 pagi... katanya boleh siap petang...aku pun tak tau nak buat apa. Since aku dah lebih 5 tahun tinggalkan Selayang rasa macam nak ronda-ronda dulu. Pilihan yang ada...teksi, bas or menapak. Aku pilih menapak menuju arah Selayang Mall..lebih kurang 1 km aku singgah satu kedai kopi...pekena roti canai dan milo ais. Sambil layan milo ais pekat tu..fikiran aku berputar...mana nak pergi.

Lepas bayar makanan aku pun meneruskan langkah sambil melihat-lihat sekeliling macam YB lawat kawasan. Sedar tak sedar aku dah sampai depan Magna ville. Fuh...dah 2 km aku menapak...tak rasa penat sangat...ungkin sebab pagi ni tak panas sangat. Aku lepak kat bus stop ambik angin.

Lebih kurang 5 minit aku sambung lagi menapak sampai Selayang Capitol (The Summit). Masuk shopping complek tu lega lah sikit...ada accond. kalau dikira...aku menapak dari Selayang Indah ke Selayang Capitol lebih kurang 3KM...ok jugak stamina aku...he he..he. Apalah nak dibandingkan dengan org-org tua yang bersemangat berjalan dari Safar ke Marwah.

Jam baru 11 a.m. apa nak buat lagi. Aku beli Revive 1 tin dan lepak kat cafe depan GSC. Lepas tu aku pergi kaunter tengok citer apa yang ada... Aku beli tiket citer Bodyguard & Assasin...and seberkas popcorn. Layan je lah....

Habis movie aku gi solat. jam baru 2.30 p.m. Aku singgah kat kedai karaoke. RM1 je satu lagu. Ok jugak ni. Aku pun bayar RM10 ambik air mineral 1. Ada 8 lagu untuk aku layan. Belasah je lah... Lagu-lagu pilihan:
1. Jangan kau ucap selamat tinggal - Fotograf (Best)
2. Pencinta - Lefthanded (Best)
3. Sampai Syurga - Faizal Tahir (suara dah nak serak)
4. Lonely No More - Rob Thomas (laju sangat...)
5. **** aku tak ingat kagu apa....hi..hi..hi
6. Haruskah - Rio (Hampeh salah lagu. Layu di hujung mekar pun start ngan haruskah)
7. Layu di hujung mekar - Rio
8. Lagu kita - Aizat

Macam janji je...budak bengkel call kata kereta dah siap. Aku pun mula menapak balik.. sampai depan petronas depan selayang capitol aku nampak teksi baru habis isi gas.. Ahhhh..... naik teksi lah pulak. Sampai Selayang Indah charge meter RM 6. maknanya kos aku menapak tadi pun RM6 lah jugak......

Sekian terima kasih kerana korang sudi baca aku mengarut...kah..kah..kah

Sempoi.. share on: : facebook

No comments:

Post a Comment