Terima kasih atas kunjungan anda. Jangan lupa untuk subscribe. Jadilah seorang daripada the 'Followers' blog ini!

Saturday, June 21, 2008

Movie Review - We Are Marshall


We are Marshall sebuah kisah benar yang telah diarahkan oleh Joseph McGinty Nichol atau McG. Berlatar belakang kisah bagaimana Marshall University berusaha untuk membina semula pasukan American Footballnya setelah kesemua pemain serta choaching staffs mereka telah terkorban dalam tragedi kapal terbang terhempas.

Sebuah filem yang bermula dengan suasana sedih dan memilukan tetapi kemudian dibina semula dengan watak Jack Lengyel seorang Head Choach yg dijayakan dengan cemerlang oleh Matthew McConaughey. Jack, seorang yang sentiasa berfikiran positif dan gila-gila telah berjaya meyakinkan president universiti, ahli-ahli baru pasukan serta penduduk-penduduk Huntington yang telah hilang motivasi kerana tragedi tersebut.untuk menghidupkan semula Program American Football di Marshall Universiti.

Secara keseluruhan cerita ini sememangnya sangat bagus untuk ditonton. Penghayatan watak choach yang sentiasa berfikiran positif dan kreatif adalah sesuatu yang patut dicontohi. Antara perkara yg penting yg pewrlu kita ambil perhatian ialah peranan emosi di dalam diri seseorang itu. Perkara tersebut banyak mempengaruhi seseorang mahukan masyarakat dalam membuat keputusan.


***** untuk filem ini.


Sempoi.. share on: : facebook