Terima kasih atas kunjungan anda. Jangan lupa untuk subscribe. Jadilah seorang daripada the 'Followers' blog ini!

Friday, May 29, 2009

Java

Hari ini aku start tulis program menggunakan Java programming language. Since aku tak pernah buat program guna java...so nak mula tu memang menggagau kata org melaka. Minta si Nazri install, dia install JSP (Java server page). Totorial yg aku tengah study guna standard java (jdk).. Nak download latest JDK besar pulak failnya...nasib baik aku pernah download jdk1.5.0_07 masa aku kerja kat seriemas dulu...version lama pun ok lah...

So korang tunggulah...mayb aku akan cuba show some result from my speed learning...itu pun kalau aku tak fed-up, coz pengalaman awal aku ni rasa macam java ni leceh dan remeh sikit berbanding VB... mayb sebab aku belajar guna commad line kot... tak pa lah...bila dah faham konsep baru boleh belajar guna IDE.

Adios

Sempoi.. share on: : facebook

Thursday, May 28, 2009

Sorry United


Barca juara Champion League 2009......
Barca 2 : MU 0

Sorry la pada penyokong MU... Barca memang layak jadi juara mengikut prestasi final tsb.

Aku rasa kelemahan MU ialah bahagian Mid Field.... Barca dapat control Midfield so that keseluruhan game mengikut apa yang mereka rancang.

What ever.... this year Messi is the best player for this year.

Sempoi.. share on: : facebook

Monday, May 25, 2009

APC

Sempena penganugerahan APC 2008 yang aku terima pada 15 Mei 2009 lalu..di sini aku nak mengucapkan terima kasih... terutama sekali kepada mak dan abah yang sentiasa mendoakan kejayaan anaknya yang handsome ini (mak aku kata)..Isteri aku Siti Noor Atikah dan anak-anak aku Zulhazmi, Syazana Huda, Sofiya Hani, Zulhilmi kerana menjadi sumber inspirasi dan dorongan kepada aku untuk sentiasa berusaha bagi memajukan diri dan keluarga.


Tidak dilupakan anak buah aku (subordinate) ..Kalia dan Marliana...serta bekas anak buah Roshida yang banyak membantu aku mempelajari dan melaksakan tugas-tugas di pejabat.

Juga yang banyak memberikan bimbingan...Hajah Norini, Pn. Wan Munirah, Pn. Siti Jauyah..Kawan-kawan yang banyak membantu...Sarah, Salrina, Menong dan lain-lain.....Terima kasih.

Bersamalah kita mencapai kecemerlangan.

Sempoi.. share on: : facebook

Coffee Malaya


Ari tu aku pergi pembukaan restoran kawan aku En. Din di Bangi.
Restoran Coffee Malaya. Bila wife aku bagi tau yang En. Din nak bukak restoran, aku memang tak terkejut sebab tiap-tiap tahun aku pergi rumah dia punya open house memang dia masak sendiri. Masakannya juga tidak pernah mengecewakan.

So aku kat sini nak promote lah kepada kengkawan...bukan sebab En. Din (maybe sekarang kena panggil Chef Din) tu kawan aku... tapi sebab aku pasti korang takkan kecewa dengan rasa masakannya... sebab so far apa yang aku tau semua masakan Chef Din yang masak. Apa yang uniknya setiap resepi Chef Din cipta sendiri or modified sendiri.

Lokasi restorannya... aku tak taulah syeksen berapa.. tapi kalau dari Kajang...Jalan Reko menuju ke Hentian Bas, sebelum sampai simpang bandar baru bangi di sebelah kanan ada Stesyen petronas and kawasan rumah kedai.. Restorannya tepi jalan mengadap jalan ke Bandar Baru Bangi.

last time aku makan Kari Laksa dan Indonesian Noodle Sup memang sedap......

Sempoi.. share on: : facebook