Terima kasih atas kunjungan anda. Jangan lupa untuk subscribe. Jadilah seorang daripada the 'Followers' blog ini!

Monday, July 30, 2012

Tamat Fasa Pertama

Alhamdulillah.... hari ni 10 Ramadhan...tamatnya fasa pertama dan masuk fasa kedua...iaitu fasa pengampunan..InsyaAllah

Tahun ni persiapan raya paling awal dalam sejarah selepas berkeluarga. Biasanya last minit baru beli... dgn andaian dah hujung...org mesti lelong kasi habis..tapi tak jugak rasanya. Biskut raya mungkin lah. Minggu lepas habis semua shopping baju raya. Jangan ada pulak org nak repeat sudah..

Tahun ni pergi membeli di Parkson Selayang Mall. Dulu-dulu masa duduk Bandar Baru Selayang memang selalulah ke sana...Diskaun 10% - 70%..tapi tak tau betul ke tak? Yelah harga baju budak kecik asal RM 80...diskaun jadi RM 40. Rasa macam harga asal memang RM40!

Semalam jugak birthday Huda yg ke 10. Happy birthday kakak...sorry ayah tak beli hadiah tahun ni...baju raya tu kira hadiah lah ye...Nak beli kek pun...puasa ni tak lalu nak makan. Ayah harap kakak semakin matang dan rajin solat. Tak lama lagi nak masuk alam remaja dah...

Sempoi.. share on: : facebook

Wednesday, July 25, 2012

New Life as a Student

Alhamdulillah, already in the 5th day of Ramadhan. Since now I have started a new life as a student at LUCT (Limkokwing University of Creative Technology) to further my study, this Ramadhan is totally different. This year I have more time to spend with my family as I only have 3 classes in a week from 2pm - 5pm. Alhamdulillah also, today my daughter Hani has successfully completed her 4th day of fasting.

I'm still adjusting with my new life as a master student. Compared to the bachelor time in UUM around 15 years ago, I believe this time is tougher because of the environment. Now I have more commitment beside study. Study at home also a bit challenging. For the last 3 days I've struggling with my assignment. Thanks God, my Palestinian lecture, Mr Sharif generously dragged the dateline for another 1 week! So tonight a can perform my tarawikh at Surau till end.

I believe, this is my first posting using English. Sorry.. I'm just aligning my mind with my assignment which is in English. Well.. if u find my English is not up to the standard... who cares? My classmates are all foreigners from 10 countries around the world including me and another 1 malay lady. Proper English is just for English literature. Language is just a communication medium. As long as both of the communicator understand each other I believed its enough. My 4 years old son, Hilmi, also can browse the internet even though he only understand yes, no, start, loading, game over and shut down. Of course...he is browsing a games portal!

p/s:To my fellow classmate...now u can read my blog. Ha..ha.ha.

Sempoi.. share on: : facebook

Sunday, July 22, 2012

Hani vs Hilmi Si Penggoda


Alhamdulillah dah masuk Ramadhan. 1 Ramadhan bersamaan 21 Julai 2012 ni juga sebenarnya genap setahun pemergian abah. Hani @ Kak Cik ,yang akan masuk darjah satu tahun depan nampak bersemangat nak berpuasa tahun ni...tahun lepas puasa setengah hari je. Ibunya pun dah janji nak belikan baby doll kalau dia puasa penuh tahun ni. Tahun ni juga Kak Cik bangun sahur. Strategi awal aku..bawa Kak Cik keluar ikut aku utk beberapa urusan supaya dia tak ingat nak makan or minum susu. Lepas tu aku belikan buku supaya dia ada aktiviti kat rumah nanti. Sampai ke rumah dalam jam 2 petang. Hilmi si kecik yg tak puasa mula merengek nak makan. Ibunya berikan ayam goreng. Bau ayam goreng tu sangat menggoda sehingga Kak Cik mula merengek..."Kak Cik tak tahan bau ayam... nanti Kak Cik pening.... Kak Cik nak ayam jugak...." Aku pujuk Kak Cik... start semula kereta bawa dia dan Hilmi ronda-ronda. Kak Cik nak pergi tepi pantai...tapi mana ada pantai kat Semeyihni.. so aku drive saja...aku kata kalau jumpa pantai kita berhenti. Dalam sejam Kak Cik dan Hilmi dah tertidur dalam kereta. Aku pun pulang semua ke rumah...dalam jam 4 petang. Aku letak Kak Cik atas tilam dan aku baring sebelah...langsung terlelap. Aku terjaga dalam pukul 5..Kak Cik tak ada di sebelah lagi. Aku dengar suara Kak Cik sedang merengek kat dapur. Aku ambik sikit masa untuk bangun...tapi tiba-tiba aku lihat ditangga rumah.. Hilmi memenagang sebuah bekas sedang mengunyah keropok yang baru digoreng ibunya..ditemani Kak Cik!! Adoiiii kecewa betu rasanya. Macam sia-sia usaha aku dari pagi tadi. Yang ruginya dah pukul 5 petang... dan Kak Cik akhirnya tewan dengan godaan Hilmi untuk berbuka puasa lebih awal.

Hari ke 2 Ramadhan. Kali ini aku cuba sekali lagi untuk memastikan Kak Cik dapat berpuasa penuh. Sekarang aku tahu...selain memastikan Kak Cik sentiasa mempunyai perkara yang nak dibuat...juga memastikan Hilmi tidak makan dan minum depan Kak Cik. Hari ni...sampai jam 2 petang baru Kak Cik mula merengek. Aku tinggalkan dulu assignment yang baru separuh aku siapkan...aku bawa semua anak-anak dan isteri keluar bersiar-siar. Kali ni ke Semenyih Rabbit Farm. Seronok betul mereka. Dalam jam 4.30 ptg kami pun bertolak balik...masing-masing dah nampak mula keletihan..lebih-lebih Kak Cik...risau juga aku. Aku janji nak bawak Kak Cik ke Pasar Ramadhan..dan Kak Cik boleh beli apa saja yang dia nak. Di pasar Ramadhan...Kak Cik Nak beli air je..Dia pilih Tembikai Laici. Jenuh juga ibunya sebab terpaksa mendukung Kak Cik. Hilmi pun terpaksala aku dukung..semua keletihan...melepet..kata orang nogori. Sampai rumah Kak Cik macam dapat tenaga baru...segar sikit nampaknya sebab dah beli makanan. Alhamdulillah....sekarang tinggal 5 minit. InsyaAllah harini bakal tercipta sejarah..Nur Sofiya Hani Binti Afandi, 6 tahun, berjaya berpuasa penuh nuat pertama kali dalam hidupnya....

Sempoi.. share on: : facebook

Thursday, July 12, 2012

Setahun telah berlalu

21 july ini genap setahun abah meninggalkan kami sekeluarga..ke pangkuan Illahi. Setahun juga aku berhenti menulis di blog ini. Tak tahu kenapa..aku macam hilang semangat untuk menulis selepas pemergian abah. Hari ni aku rasa agak kuat untuk kembali berblogging.Sebelum itu, aku harap kita sama-sama berdoa untuk abah, Hj Yahya bin Mohd Noh dan kepada semua anak murid beliau diharap juga dapat memanafaatkan segala ilmu yg telah beliau curahkan kerana itu juga diharapkan menjadi saham kepada beliau di sana insyaallah..al fatihah.

Sempoi.. share on: : facebook