Terima kasih atas kunjungan anda. Jangan lupa untuk subscribe. Jadilah seorang daripada the 'Followers' blog ini!

Monday, October 12, 2009

Baiknya Anak Ayah

Last Friday my dept adakan majlis raya... biasalah...syawal tak habih lagi. Since maid aku balik kampung & aku tak sempat lagi register anak-anak aku kat nursery, terpaksalah aku bawa anak aku tu ke pejabat. So this time giliran Hilmi Al-Hafiz da Youngest One utk meneman aku. Risau juga kalau-kalau dia meragam since dia tak pernah ikut aku ke pejabat. Masuk office je dah kena panggil meeting... so Hilmi terpkasa aku tinggalkan menonton Barney & Friends .. dia tak nangis pun...ok kot.....  Baiknya anak ayah.

After 1 hour meeting aku balik ke meja aku... Hilmi didukung oleh Ismalisa... office mate.. Katanya baru nangis sebab cari ayah. Tapi tak lah meraung... esak-esak aje. Tu pun keropok bawang dekat sebalang dia makan. TQ Lisa.... kira dekat sejam baru nak nangis  kira ok lah tu...Baiknya anak ayah.

11.30 Jamuan Raya start... aku decide utk tukar baju Hilmi...pakai baju melayu... hormat majlis. Yelah anak aku bukan dlam senarai jemputan. Di majlis orang semua puji...comelnya.... baiknya...hensemnya.... memangpun tengoklah sapa ayahnya... he..he..hee.. Ramai juga yang nak jadi 'ibu tumpang'.. so senang lah aku nak makan. Hilmi pun tak kisah siapa yang dukung... pimpin...layan. yelah...3 kotak ais-krim dia makan hari tu. Baiknya anak ayah.

Solat Jumaat aku hantar Hilmi pada isteri aku di Serdang. Lepas solat aku tak ambil Hilmi semula coz my wife kata tak perlu sine Hilmi nak main dengan her sister Huda. Petang tu aku baca dlm my wife facebook... and she complained about hilmi and huda yang nakal dan kacau dia buat kerja.... Hemmm tadi baiknya anak ayah.

Anak ayah memang baik... tapi bila nampak ibu....karektor mereka akan berubah...tak taulah kenapa....

Sempoi.. share on: : facebook

Tuesday, October 6, 2009

Apa ada pada nama...

Salam... agak lama juga aku tak post anything dlm blog nih. Lepas raya ni idea susah pulak nak keluar.
Sebelum tu aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua maaf zahir batin. Walaupun hari ni dah masuk 17 syawal tapi aku rasa kat Lembah Klang ni sambutan raya sampai 30 syawal.

Hari ni tetiba aku dapat alert ada someone nak add aku YM.nick dia najwa79xxxx. Aku ingatkan awek mana nak jadi fan aku..rupanya Iza Izlina office mate da.... Aku tanya dia kenapa nick dia beza sangat compared to her name.

So dia explaint lah...actually nama asal dia lain tapi masa baby selalu menangis dan selalu jatuh then parent dia jumpa one ustaz minta tolong 'tengokkan'. Ustaz tu advised supaya ditukarkan nama sebab nama asal tu berat sebab banyak sangat 'Nur'. So Iza i hope u tak marah aku kongsi cerita ni sebab ini bukan kali pertama aku dengar. Keluarga wife aku ada cerita macam ni... anak menakan (anak buah) wife aku namanya Mohd Fairuz... tapi dipanggil Shaudin. Kisahnya masa baby datuknya (bapa mertua aku) bagi nama Shaudin... tapi kakak ipar aku register ikut pilihan dia Mohd Fairuz. Nak dijadikan cerita...lepas tu baby tu asyik cirit je. Lepas tu bapa mertua aku advised diaorang untuk panggil baby tu dengan nama asal yang dicadangkan i.e. Shaudin dan alhamdulillah lepas tu masalah tu tak jadi lagi...Actually ada beberapa lagi kes yang aku dengar, tapi cukuplah 2 kisah ni untuk kita sama-sama berfikir...

Mungkin bagi kebanyakan drpd kita yang morden rasa semua ni karut, tapi bagi aku ni semua tak mustahil...semua nya kuasa tuhan. ilmu yang kita ada ni sememangnya hanya setitis daripada air lautan. Banyak lagi rahsia ilmu yang kita tak tahu. Hadith juga ada mengatakan bahawa nama tu adalah doa.

Moral of the story...
1. Bagilah nama yang baik untuk anak-anak kita
2. Janganlah panggil seseorang dengan gelaran yang buruk
3. Nama yang sedap bunyi tu tak semestinya elok maknanya

Sempoi.. share on: : facebook