Terima kasih atas kunjungan anda. Jangan lupa untuk subscribe. Jadilah seorang daripada the 'Followers' blog ini!

Friday, December 11, 2009

Tanda-tanda Hari Jumaat

Lamanya aku update blog ni... Hujung-hujung tahun ni kerja memang banyak..badan pun asyik tak sihat je...Yesterday aku mc sakit perut..Ini pun ada rasa nak terkucil aku tahan Jebat!!!!

Hari ni aku nak kongsi cerita tanda-tanda hari Jumaat. Ini adalah daripada pemerhatian aku...and kalau korang ada nak tambah..sila tambah dalam komen ye...

Hari Jumaat bermula pada petang Khamis....
1. Orang akan balik sharp office hour. 5.30p.m. opis dah kosong..
2. Jalan raya jem lebih dari sebelumnya...ialah semua orang balik serentak..on time.
3. Kedai makan akan penuh untuk diner...para isteri diberi kelonggaran untuk berehat..
4. Surau/masjid lebih ramai orang...baca yassin.
5. Taman perumahan/flat/apartment lebih sunyi sebab orang tidur awal
6. Kalau keluar awal ke pejabat...jalan clear...kalau lewat sikit...jem gila...kebanyakan orang akan keluar lewat sikit dari biasa.
7. Para wanita memakai baju yang sopan..kebanyakannya baju kurung..termasuklah non-muslim
8. Ramai juga lelaki yang pakai baju melayu ke pejabat.
9. Masjid penuh...yelah sembahyang Jumaat.
10. Panggung wayang/shopping penuh dengan wanita pada jam 12.30 - 2.30 p.m.
9. Kebanyakan orang dipejabat ceria je...lepas lunce time..yelah esoknya cuti.
10. Jalan Jem masa balik...melengkapi cycle tanda-tanda hari Jumaat...

Wallahualam..

Sempoi.. share on: : facebook

No comments:

Post a Comment