Terima kasih atas kunjungan anda. Jangan lupa untuk subscribe. Jadilah seorang daripada the 'Followers' blog ini!

Wednesday, November 10, 2010

Suatu masa..

Bismillah....

Malam ni malam ke2 aku di INTIM, Kemaman. baru je balik dari ronda-ronda dengan offce mates ditemani member sekolah kawan aku Zam Menong. Dah 2 malam kami jalan-jalan keluar. Semalam dengan membernya yg lain...hari ni lain pulak...tapi aku lupa pulak nama kedua-duanya.... sorry, memang kelemahan aku susah nak ingat nama orang. Seronok aku dengar diaorang sembang pasal kengkawan sekolah lama. Aku pun mula teringat..manalah member-menber sekolah aku dulu?

Kat sekolah dulu aku memang tak ada kawan yang betul-betul kamching. Memang ada kawan-kawan rapat..tapi kalau nak ingat balik, kawan rapat aku berubah setiap tahun. Mungkin aku boleh imbas balik:

Sekolah Rendah :SKSP
Darjah 1: Aku tak berapa ingat dengan siapa yang aku rapat. Tapi aku masih ngat Rahmat (memang rumah dekat ngan rumah aku), Saiful (Orang pertama yg aku berkenalan).

Darjah 2-3: Nizam (anak tokeh kedai runcit). Orang panggil kedai runcit Kodok. Bukan aku nak menghina...tapi memang itu nama yg orang kampung gelar bapa dia. (Walaupun aku pun pernah ejek dia Nizam Kodok)


Darjah 4 - 6: Ramli, Nizam, Fandi. 3 orang sahabat yang duduk dalm 1 kkumpulan A. Yang lain budak pompuan. Oleh sebab sampai 3 tahun bersama, kita orang memang rapat lah. Sampai aku boleh cipta lagu 3 Sabahat...lawak giler. lagu tu pun masih aku ingat...yelah lagu pertama yang aku cipta sendiri pada tahun 1998.


Sekolah Menegah: SMK(A)SM
Tingkatan 1: Zamberi ,orang pertama aku berkenalan, tapi lepas pindah kelas dah tak berapa rapat sebab dia kelas lain. Lepas tu aku rapat ngan Fadzli @ Padli sebab duduk sebelah aku dalm kelas.

Tingkatan 2: Aku tak boleh nak recall la nama dia...kan aku dah kata kelemahan aku susah nak ingat nama orang...tapi muka dia aku masih ngat.

Tingkatan 3: Fauzi, bijak tapi macam ada misteri. Aku pun tak tau apa. Member study untuk persediaan SPR. Result aku lebih baik sikt dari dia walaupun aku banyak tanya dia. Tapi aku rasa sedih bila dengar dia berhenti belajar sebab masalah family and migrate to Singapore.

Tingkatan 4 - 5: Masa ni agak ramai member rapat aku, Azli Yaacob, Padli, Irnawan, Azahari dan 2- 3 oarang lagi...nama...lupa ha..ha...ha. Masa ni ramai sikit sebab yelah ..masa ni baru mula nak nakal-nakal sikit. Panjat pagar asrama gi tengok Clift Hannger, Jurasic Park, main bowling (masa tu kena tulis markah manual atas kertas).

Manalah agaknya diaorang semua sekarang ni. Semoga sihat dan dalam lindungan Allah. Ada juga dengar beberapa orang yang dah pergi selamanya. Cuba-cuba gak cari dalm FB ..tapi tak jumpa pulak. Rasa macam nak bersembang dengan diaorang...sambil mengimbas kisah-kisah zaman sekolah...Kena buat jejak kasih ni...

Sempoi.. share on: : facebook

Monday, September 6, 2010

Hari puasa paling mencabar tahun ini

Salam.

Jumaat lepas aku terpaksa ambik cuti emergency. Ops Vitamin B pun dah setle so bolehlah aku release sikit. Ikah suspected denggi masuk hari ke 2, Hazmi terbaring layu dari malam semalam tapi doktor kata just normal virus fever. Huda dan Hilmi dah ok nampaknya. Hani pun muntah-muntah pagi ni. Hari ni sekali lagi aku posa sensorang kat rumah. 7.30 a.m. aku dah clocked-in kat Klinik Beranang.Nasib baik tak berapa ramai hari ni. 9.30 a.m. dah selesai. Hani ada problem tonsil kata doktor. Result Blood Platelets Ikah still dropping, menunjukkan tanda-tanda denggi, tapi hairan juga sebab suhu badan tak tinggi pun. Esok kena test lagi.

Cuaca boleh tahan panas.. masa solat Jumaat dapat rasa keperitan pancaran matahari tu sampai mencapai titik kedahagaan yang amat. Tonsil aku pun agak membimbangkan walaupun semalam aku tidur sambil kulum Diflam sampai sahur. Aku rasa kalau kat ofis taklah seletih ni coz kat ofis sejuk..ada aircond dan kesibukan kerja tak berapa sedar sangat masa beredar. Sabar..dugaan.

Petang, aku pi beli makanan berbuka kat pasar Ramadan kat depan depan je. Beli ala kadar je... sebab selera pun macam dah tak ada.. badan pun mula rasa tak berapa stabil...berjangkit pulak ke demam ni.

Masa berbuka aku dah tak tahan lagi. aku habiskan cepat-cepat nasi dalam pinggan, terus telan panadol 2 biji...lepas isyak aku tidur sampai sahur. Ya Allah... ini semua dugaan mu. Tabahkanlah hambaMu ini dan ampunilah kami sekeluarga dan lindungilah kami dari wabak penyakit dan azab api nerakaMu.

Ini cuma sedikit dugaan... aku percaya ada orang lain sedang menerima dugaan yang lebih dahsyat.  


Sempoi.. share on: : facebook

Thursday, August 19, 2010

Bini Baru

Salam...

Jangan terkejut!!! Isteri aku yang sah masih lagi satu...ha..ha..ha.

Biasa dengar tak orang selalu kata...kereta ni isteri ke 2 bagi lelaki (walaupun aku tak pernah anggap macam tu). Sebab tu lah aku bagi tajuk "Bini Baru" sebab aku baru beli kereta baru...tak de lah kereta baru..sebab aku beli second hand. Kira macam kawin janda lah.....ha..ha..ha. LOL. Bini baru nama Kancil 850A.

So sesapa nak skuter NAZA aku boleh ambik free. Tapi kena repairelah ...aku rasa budget dalam RM 400 - RM700. Road Tax insurance hidup lagi tu sampai tahun depan. Body masih cantik... macam janda berhias ha..ha..ha..LOL.



Sempoi.. share on: : facebook

Tuesday, July 27, 2010

Seringkali

Salam.. hari ni tak berapa sibuk...coz tiada kerja-kerja yg berdateline menjerat leher. So aku banyak luangkan masa untuk study online (ESPA)..ada gak pekdahnya.

Lunch time tadi aku surfing youtube..and Bang! aku terjumpa channel artis yang aku memang minat dulu MamanTeacher'sPet. Idup lagi mamat ni rupanya...ha..ha..ha. Masa syudy dulu album "Di Suatu Hari Di Suatu Waktu" adalah kaset yang terbaik pernah aku beli. Lagu-lagu semua memang best..melody mengasyikkan dan lirik yang puitis. Tapi apasal ko tetiba hilang. Pencarian aku dalam web..baru aku tahu rupanya Maman ada buat album ketuahanan berjudul "Hijrah" baru-baru ni. ooo...pesal aku tak tau.

Dah terlanjur penemuan yg mengembalikan nostalgia..aku pun download video cord lagu "Seringkali". malam ni bleh layan jap... ha.ha..ha. Untuk Korang...layan lah dulu lagu ni ...dengan ehsan Youtube



Sempoi.. share on: : facebook

Monday, April 19, 2010

Golfing Week

Minnggu lepas adalah minggu golf bagi aku.. sebab tak pernah sebelum ni aku masuk padang golf 2 kali dalam seminggu. Itu pun nasib baik aku tolak jemputan untuk turun lagi sekali semalam. Walaupun dah dekat setahun aku tak main golf...aku rasa kira ok lah jugak...skill tu ada lagi..cuma kena improve aku punya driver... masih lagi slice. Iron and chipping...much better dengan teknik terbaru yang ake belajar dari youtube. Yang paling banyak improve...aku punya 'putting'.


Golfing @ Kundang Lake GCC(Thursday 15th): First time aku main sini. Nasib baik my brother 'Shah' yang lead... boleh lah dia advice aku since aku dah lama tak 'swing'. Nampaknya Shah punya performance dah banyak meningkat walaupun dia start golfing baru je... yelah...selalu main...time kerja pun main jugak!!! Kita orang main 4 orang accompanied by 1 caddy. First time aku main pakai caddy pompuan. Aku rasa 'sayang' sungguh...sebab caddy pompuan ni lawa-lawa belaka... kan ke lebih baik kerja kat tempat yang lebih sesuai..tak merosakkan kulit muka. Nak buat macamana...dah macam trend aku tengok..kelab-kelab golf kat Malaysia sediakan caddy pompuan. Sebab tulah lagi ramai lelaki menggangur. Tapi nak complaint lebih-lebih pun tak boleh gak..sebab aku main free je..ha..ha..ha.

Golfing @ Penjara Kajang GC (Saturday 17th): Main dengan VIPs.. walaupun aku belum sampai tahap tu lagi. Tapi apa aku kisah...yang penting main free. tak ada buggy...maksudnya kena menapak.... nasib baik aku bawak half set. Aku rasa bertuah sangat dapat main kat sini..yelah..dapat berkenalan dengan VIPs dan...ini lah cantiknya golf. Sekarang aku dah ada kenalan golfers yang baru dan hopefully aku dapat improve kan lagi my game dengan bantuan kawan-kawan. hari Ahad pagi aku dapat call....'Jom main golf!.." Sorry...enough for this week. I've played 27 hole this week. I just want another 1 hole !!!

Sempoi.. share on: : facebook

Wednesday, April 14, 2010

Yea...yeaaaahhhhh.....

Dah dekat seminggu sakit tekak! Ubat batuk dah habis sebotol...tapi suara dah macam Bandi Amok. Yeah..yeah.....

Sejak Dim Beramboi meninggal 2 minggu lepas, semua orang macam fhobia bila cakap pasal demam. Yelah...takut demam denggi. Aku pun jengah-jengah juga keliling rumah...kalau ada tempat pembiakan nyamuk. Cuma tempayan tadahan hujan yang aku tak berapa sure ok ke tak...sebab ikan talapia yang bela tu tak nampakpun. Nanti dari bela ikan talapia di saman pulak sebab bela 'ikan jejenik'.

Esok iangat nak cuti..praktis golf sebab hari Sabtu ni ada friendly game. Tak tau lah boleh ke tak.. coz masih tak berapa sihat nih. Ok lah.. aku nak hirup ubat batuk dulu... he..he..he..

Sempoi.. share on: : facebook

Tuesday, March 30, 2010

"Mad Money" in KK

Terbang ke KK from Kuching via Air Asia. Kali ni delay sikit...tapi oklah tak la lama sangat...15 minit je. Aku ambik teksi RM30 to King Park Hotel. Hotel ni sama standard dengan LimeTree Hotel Kuching. Tapi aku rasa LimeTree a bit better but still affordable to stay. Tak la jauh sangat dengan pasar Philippine.. dalam 10 minit menapak.

Petang sikit aku ke medan makan/pasar malam tepi laut. Sinilah tempat orang jual makanan laut secara terbuka. Aku pun surveyla... Lobster RM80 - RM70, udang saiz XL RM10-RM20, udang saiz M RM5, Sotong XL RM10 - RM20, Ikan Bakar XL RM25 - RM 35, Ikan Bakar saiz M RM10 -RM15. Tak de lah murah. Tapi dah sampai tempat orang..kena rasa jugaklah. Aku pilih Udang RM5, ikan siakap merah RM13, nasi putih, air kelapa. Tengok gambar kat sebelah ni...memang melelh air liur... tapi tekak aku tak berapa nak masuk... telan jelah...mahal wooo. Aku rasa orang sini tak pandai bakar ikan.. rempah tak masuk.. isi ikan pun keras. Aku mintak bil...RM23. Aku bayar RM20 je..tak sedap aku kata... ha..ha..ha. Aku lau kat bahagian jualan basah tangkapan laut... murah je aku tengok harga tangkapan ni. Tapi peniaga masakan kat sini memang markup gila-gila. Tak patut... So..kalau korang nak makan seafood yang sedap dan murah...aku cadangkan korang sewa apartment yg ada dapur.. pastu beli kat pasar dan masak sendiri..mesti puas hati.

Lepas makan aku singgah pasar malam tempat orang jual mutiara. Ni kalau orang perempuan yg datang memanglah tak menang memilih. Aku tak taulah murah ke mahal...sebab aku tak pernah survey pun kat semenanjung berapa harganya. So aku belilah sikit buat buah tangan. keronsang kat gambar sebelah ni harganya RM7 satu set. Tapi kalau beli banyak RM5. Tapi aku tak beli yg ni ..sebab bukan mutiara betul. Ialah..mutiara tulin besar ni tentulah mahal...

Sebelum aku tamatkan citer hari ni mayby korang tertanya...sebab apa title posting aku ni 'Mad Money' in KK... actually masa aku check in hotel ni tadi aku bukak TV.. terus terbuka Star Movie... cerita..MAD MONEY.

Sempoi.. share on: : facebook

Monday, March 29, 2010

Mee Kolok Goreng Special

Baru habis bagi lecture.. lepak hotel dulu layan star movie. Lepas ni kena pikir nak makan apa malam ni. Malam tadi dah pekena mee kolok goreng special. Bagi sesiapa yg tak pernak rasa mee kolok tu... ni aku attached gambarnya. Actually resepi yg original ialah mee kolok sup. Tapi aku pernah test dulu...tak berapa nak masuk tekak. So malam tadi aku orderlah mee kolok goreng special dan air tembikai. Apa yg special?  mee kolok (macam mee telor) ayam, telor goreng dan sup automatik. Tapi yang lebih special ialah..tanda harga RM5  tapi di charge RM6 !! nak bertekak juga aku. Tapi yelah.. tempat org. Ni bukan kali pertama aku kena macam ni... tapi aku rasa memang budaya ramai peniaga gerai kat sini... kalau pelanggan org semenjung...memang nak ketuk. Sebab tu dia org tak kaya...tak berkat! Esok nak berangkat ke KK. Tak tau aku nak gi mana malam ni... yelah... jam 9 mlam macam dah mati bandar kuching ni.

Sempoi.. share on: : facebook

Sunday, March 28, 2010

Touched down in Kuching

Hari ini aku landing di Kuching dengan AirAsia. First time aku naik air asia...selalu dengar citer orang je.. so hari ni ake rasa sendiri. First impression..not bad!  No delay on Flight departure. Not much differences dengan MAS! Kapalterbang pun same condition. So let we make some analysis how they lowering the cost to do their business..maybe we can learn something.
1. Promote online booking/online checkin -- Cut labour cost/ middleman cost
2. Airport service - via lcct... maybe iarport charge lebih murah sebab.. nak naik pun jalan kaki ikut landasan..tak la direct tunnel terus ke kapal macam Mas. Malah landing kat Kuching airport pun sama. Service tunnel tu bayar mahal agaknya.
3. Charge makan asing dengan tiket... so bila beli tiket nampak murah... tapi kalau nak beli (online or onboard) dalam lingkungan RM10 - RM15
4.Banyak employ staff berpengalaman...so tak banayak training cost.
5. Banyak buat 'upsale'... jualan atas jualan...eg.  jual makanan/merchendise onboad. offer hotel, travel package ect.

Itu antara sepintas lalu yg aku nampak.... maybe korang boleh aplly some where in your business.

Sambung citer sikit. Aku ambik cab ke Hotel dari Airpot, RM 26. Dah mintak tolong Nani Booked. Punya la susah nak cari Brooke Teracce... telefon no pulak aku lupa save. Aku tengok driver taxi macam dah fed-up..aku minta dia drop kat mall. Aku lepak kat Ipoh White Kopitiam.. tumpang wifi. Dapat no phone Brooke Terrace. Rupanya Nani salah booked date... mix-up jadual aku ke Kuching vs KK...sure booking date di KK pun silap lah tu. Sebab dah silap Brooke Terrace dah tak ada bilik. Aku check in Lime Tree Hotel. Goodnews hotel ni ada gov rate. instead of duluxe room aku change to executive room..within my budget. Ada hikmah juga... coz kat sini bilik dia pun tak mahal...ada breakfirst. Memanglah tak ada view macam kat Grand Magharita or Hilton..  tapi tak kisahlah...aku pun dah pernah stay kat sana. Lagi pun only around 500M utk ke riverside from LimeTree.  Wifi pun free!!

Sempoi.. share on: : facebook

Monday, February 8, 2010

Happy Birthday To My Self

Hari ini 6 Feb 2010 adalah hari lahir aku yg ke 34. Bak kata bos aku birthday ni bukan bertambah umur... tapi berkurang umur..yg kita tinggal.

Biasanya setiap tahun birthday aku sambut dengan melakukan perkara-perkara yang aku suka dan aku akan make sure yang hari tersebut aku akan sentiasa happy. Tapi tahun ni.. tak berapa nak best... wife aku kerja.. malam baru balik.. aku pulak tinggal kat rumah melayan Hani dan Helmi. Hazmi dan Huda pulak ke sekolah. So aktiviti aku ialah..basuh baju (mesin yg basuh...aku cuma tekan je..) jemur baju... layan anak-anak tengok Geng Bas Sekolah.... Belalang .... Kapten Boleh z z z z z z z z.

Ingat lagi dulu-dulu kalau birthday aku akan tulis puisi... tapi dah lama tak tulis..rasa macam dah berkaratlah idea.. Mungkin sebab dah kurang guna otak kanan...kalau di ofice pun banyak guna otak kiri.

Aku capai gitar ... cuba tulis lagu... upgradelah sikit. Melodi dah ada... liriknyapulak susah nak keluar.... nantilah aku polish balik.

Teringat pulak resolusi aku tahun ni... aku nak cukur misai. Sepanjang hidup aku tak pernah aku cukur misai ni... selalu aku trim je.. Lepas aku selesai mencukur misai...aku tengok kat cermin...fuuh.... patutla Ikah tak bagi aku cukur misai sebelum ni... nampak muda 10 tahun...kih..kih..kihh gelak aku dalam hati dengan penuh perasan. Siapa lagi nak puji kalau bukan aku sendiri. Masa nak ambil Ikah balik dari kerja, anak aku Huda pun berkata " Handsomenya ayah... mesti ada awek yang akan ngurat ayah.."

Ikah, belikan aku hadiah birthday..... memanglah tak berapa suprise sebab dia dah publish dalam facebook dia nak beli kan aku hadiah. Terima kasih sayang sebab belikan I hadiah tu.... tapi U lah sebenarnya hadiah yang palih istimewa yang pernah I dapat...

Itulah cerita hari ulang tahun kelahiran aku tahun ni. Tapi yang pasti wife aku tak komen apa-apapun pasal rupa aku tanpa misai. Dah agak dah...jeleslah tu..


Sempoi.. share on: : facebook