Terima kasih atas kunjungan anda. Jangan lupa untuk subscribe. Jadilah seorang daripada the 'Followers' blog ini!

Monday, September 6, 2010

Hari puasa paling mencabar tahun ini

Salam.

Jumaat lepas aku terpaksa ambik cuti emergency. Ops Vitamin B pun dah setle so bolehlah aku release sikit. Ikah suspected denggi masuk hari ke 2, Hazmi terbaring layu dari malam semalam tapi doktor kata just normal virus fever. Huda dan Hilmi dah ok nampaknya. Hani pun muntah-muntah pagi ni. Hari ni sekali lagi aku posa sensorang kat rumah. 7.30 a.m. aku dah clocked-in kat Klinik Beranang.Nasib baik tak berapa ramai hari ni. 9.30 a.m. dah selesai. Hani ada problem tonsil kata doktor. Result Blood Platelets Ikah still dropping, menunjukkan tanda-tanda denggi, tapi hairan juga sebab suhu badan tak tinggi pun. Esok kena test lagi.

Cuaca boleh tahan panas.. masa solat Jumaat dapat rasa keperitan pancaran matahari tu sampai mencapai titik kedahagaan yang amat. Tonsil aku pun agak membimbangkan walaupun semalam aku tidur sambil kulum Diflam sampai sahur. Aku rasa kalau kat ofis taklah seletih ni coz kat ofis sejuk..ada aircond dan kesibukan kerja tak berapa sedar sangat masa beredar. Sabar..dugaan.

Petang, aku pi beli makanan berbuka kat pasar Ramadan kat depan depan je. Beli ala kadar je... sebab selera pun macam dah tak ada.. badan pun mula rasa tak berapa stabil...berjangkit pulak ke demam ni.

Masa berbuka aku dah tak tahan lagi. aku habiskan cepat-cepat nasi dalam pinggan, terus telan panadol 2 biji...lepas isyak aku tidur sampai sahur. Ya Allah... ini semua dugaan mu. Tabahkanlah hambaMu ini dan ampunilah kami sekeluarga dan lindungilah kami dari wabak penyakit dan azab api nerakaMu.

Ini cuma sedikit dugaan... aku percaya ada orang lain sedang menerima dugaan yang lebih dahsyat.  


Sempoi.. share on: : facebook