Terima kasih atas kunjungan anda. Jangan lupa untuk subscribe. Jadilah seorang daripada the 'Followers' blog ini!

Monday, June 13, 2011

Kisah Uncle Siow

Khamis malam Jumaat, malam pertama aku bermalam di Hospital bersama abah. Suasana hening sesekali terdengar suara perempuan tua mengilai...sayup je..."aduiiiiii....... aduii...... aduiiii...." kesian nenek tu. Tak ada anak-anak yang meneman. Nak harapkan nurse pun ...nurse tak cukup aku rasa. Lepas tu aku dengar suara lelaki menangis sambil merayu-rayu. Tak berapa dengar pulak apa yang dikatakan,,,"matilah.... tolong lah...." itu je yang aku perasan. lepas tu aku buat tak dengar je sebab bunyi suara uncle tu berpanjangan sepanjang malam.

Esok tu sesekali terdengar juga suara uncle tu...macam mengomel sesuatu. Tapi aku buat tak dengar je. Petang tu doktor Hilmi tanya aku, "Tidur sini ke malam tadi?". "Ye" kata aku. "Malam-malam uncle Siow kat belakang tu tak bising ke?" "Ada juga. Dia sedih tak ada orang melawat kot" kata ku. "Oh, uncle tu dari rumah kebajikan. Uncle tu rasanya educated juga tu, bahasa Inggerisnya sangat baik" jelas doktor Hilmi.

Malamnya sekali lagi aku meneman abah di Hospital. Kira-kira jam 2 pagi aku rasa tak selesa dengar suara uncle Siow mendayu-dayu bunyi nya. Aku cuba dengar dengan lebih teliti apa yang dicakapnya. "Matilah....tak ada orang nak bagi air. Somebody please give some water.. adoi...matilah macam ni. Sikit pun tak bagi." Baru lah aku tau sebenarnya dia haus. Aku pergi dekat dengan katil Uncle Siow. Mata dia tertutup tapi dia boleh nampak kelibat aku. "Boy! please give me some water!". Aku capai gelas air berstraw kat sebelah katil dan suapkan kemulut Uncle Siow. Bukan main lagi disedutnya. Haus sangat gamaknya. Habis air setengah gelas tu aku pun nak balik ke katil abah. "Boy! i need some more. The other side.. I need for the other side" . Wah tangki air dia ada 2 bahagian ke? Aku tuang lagi setengah gelas. Disedutnya lagi sampai kering. "Finish" aku kata. "No son. not yet. let me suck. I didn't finish". Alamak! Aku rasa tak sedap hati. Kalau apa-apa jadi nanti aku pulak yang disalahkan. Aku terus pergi. Suara Uncle Siow masih kedengaran, tetapi tak seperti mula-mula tadi..dan suaranya semakin perlahan sehinggalah dia tertidur. Malam tu amanlah sikit. Uncle Siow tak lagi menangis-nangis sepanjang malam tu.....

(Moral: Hayati dan pikirlah sendiri...)

Sempoi.. share on: : facebook

Kisah Doktor Hilmi

Malam tu (Khamis malam Jumaat) aku tidur di hospital teman abah di wad A2 Hospital Melaka. Tak der la tidur sangat pun.. sebab abah mamang akan selalu terjaga sebab sukar nak bernafas.

Seawal jam 6 pagi nurse dah mula sibuk untuk check keadaan pesakit. Lepas mandikan abah lebih kurang jam 6.30 pagi aku tengok doktor dah ada di ward. Doktor Hilmi yang bertugas di ward A2 dah pun mula melihat laporan pesakit-pesakit. Setiap katil dilawatinya. Awalnya masuk kerja doktor ni.. terdetik dalam hati aku.


Jam 3.00 petang aku iringi abah ke unit ECG untuk buat x-ray. jauh juga tempat tu... dalam 200 meter dari blok A. Dalam perjalanan balik keward A2 aku bertembung dengan doktor Hilmi. Blok lain pun dia kena cover ke? Terdetik lagi dalam hati.

Jam 8.00 malam, doktor buat last round untuk hari tu. Doktor Hilmi lagi! berapa jam dia kerja sehari? aku tanya dia pukul berapa balik? dia kata macam tulah setiap hari...kalau boleh balik jam 7 malam tu kira cepat la tu!  Aku memang tabik spring kat doktor Hilmi dan doktor-doktor hospital kerajaan yang lain. Memang tak ramai yang sanggup buat kerja macam tu... orang yang cool macam doktor Hilmi memang patut diberi penghormatan atas pengorbanan beliau. Walaupun penat dia memang tenang je... Tapi kata Doktor Hilmi, yang kena stay biasanya doktor-doktor (U41) macam diala...bos-bos dah balik.

Sempoi.. share on: : facebook

Kisah Ayah

Selamat hari bapa kepada semua bapa, ayah, abah or what ever panggilan yang diberikan. Hari bapa memang tak se glamor hari ibu.. tapi aku sebagai seorang ayah sekarang ni pun tak de rasa apa-apa pun sebab lelaki memang tak berapa sensitif benda-benda macam ni... tak taulah pulak kalau dah tua nanti.

Bagi aku jasa abah aku memang sangat besar dalam hidup aku. Sebab masa aku membesar abah aku dah dekat nak pencen. Ada sekali je aku ingat masa kecik-kecik dulu aku ikut abah ke pejabat. Mungkin masa tu umur 3-4 tahun. Lepas pencen, abah meniaga gerai buah-buahan.. pastu menoreh getah kat kebun belakang rumah. Masa tu dah sekolah rendah. Selalu gak la tolong pusingkan mesin lenyek getah keping tu bila cuti.

Masa sekolah rendah sampai darjah 3 abah hantar aku pergi sekolah naik motor Honda Cup C70. Tahan betul motor tu... sampai aku masuk U pun aku bawak motor tu. Sekarang ni pun elok lagi...cuma problemnya syarikat insurance tak nak terima sebab umur ayah dah lebih 70 tahun.

 Sekarang ni ayah sakit di hospital. Dah 3 malam adik aku Izan jaga, aku ambik giliran 2 malam. Hari ni masuk ofis balik... cuti dah ambik banyak dalam 2 bulan ni. Hari tu mak masuk hospital...sekarang ayah pula. Alhamdulillah, adik-beradik dan cucu-cucu semua bagi kerjasama untuk jaga mak dan abah. Semoga tuhan berikan kekuatan kepada mak dan abah untuk kembali sihat dan dapat beribadat dengan lebih sempurna.


Selamat hari bapa...abah. Kami semua sayang abah!

Sempoi.. share on: : facebook

Tuesday, May 10, 2011

Resolusi Diet

Hari ni genap seminggu resolusi diet aku. Dan hasilnya belum nampak lagi..ha..ha..ha. Memang betullah, kalau kita nak buat sesuatu yg baik tu banyak betul dugaan. Minggu lepas ada banyak event yang menterpaksakan aku melupakan seketika plan diet aku. Tapi tak apa kot, sebab berat badan aku tak de lah naik...cuma tak turun lagi je... ha..ha.

7 May yang lalu bermulalah sejarah baru dalam keluarga kami bila Ikah joint kakak ipar aku (kira biras associate lah ni) buka Ain Cafe & Bakery. Aku rasa tak yah explain pun korang dah tau concept cafe ni. Cafe yang bersekali dengan kedai kek dan roti. Kalau nak singgah bolehlah ke alamat Ain Bakery & Cafe No. 27 Jalan Pulai Perdana Seremban, Negeri Sembilan (Sorry..Taman baru buka...Google Maps belum update lagi ha..ha..)




Sempoi.. share on: : facebook

Wednesday, May 4, 2011

Terima Kasih

22 April yang lalu genap 4 tahun aku kat gomen ni. Alhamdulillah, so far so good. Banyak perkara yang aku belajar. Hopefully segala tenaga, idea dan masa yang aku dah curahan mendapat menafaat kepada semua warga Malaysia dan semoga mendapat keredhaan Allah dan diharapkan halallah segala gaji dan elaun yang aku terima untuk diri dan keluarga.

Dalam posting khas ini aku nak ucap biliionan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, tunjuk ajar dan kerjasama sepanjang  aku berkhidmat di sini. Alhamdullillah, atas rezki kurniaan tuhan, sekali lagi aku dipilih untuk menerima APC untuk tahun 2010. Ikhlas, semaemangnya ku tak der pikir pasal APC ni sebab aku dah pernah dapat tahun 2008, tapi aku tetap bersyukur. Sebelum APC 2008 dulu memang aku inginkan sangat APC tu sebab masa tu aku baru joint gomen dan semasa dalam swasta dulu mana ada anugerah macam ni. Kalau ada sesiapa yang rasa aku tak layak dapat tahun ni dan ada orang lain yang lebih layak, aku mintak maaf. Aku percaya korang akan dapat juga nanti.. Amin.


Sempoi.. share on: : facebook

Tuesday, May 3, 2011

Diet Cara Aku

Hari ni aku nak start diet cara aku sendiri. Mungkin kat luar sana banyak cara yang dah dipublishkan...tapi aku nak cuba cara yang aku rasa aku boleh buat. Mungkin juga gabungan kaedah-kaedah yang pernah aku baca.

Aku ni bukan la kategori gemuk, berat badan pun 72 kg. Kalau ikut BMI (slightly overweight) sepatutnya dengan ketinggian aku 169 cm berat badan yang sesuai dalam lingkungan 60 - 69 kg, tapi yang paling ideal aku rasa 65kg (berat 10 tahun dulu) ha..ha.


Lately aku rasa tak berapa sihat, kadang-kadang sakit dada. Aku tak merokok so aku rasa maybe ada kena mengena dengan aku punya berat badan. Main badminton seminggu sekali, kekadang tambah sikit dengan 1 round of golf dah tentu tak cukup bagi aku yang 10 tahun dulu aktif bersukan.

So lagi sebulan kita sama-sama tengok berjaya ke tak rancangan aku ni.

Sempoi.. share on: : facebook