Terima kasih atas kunjungan anda. Jangan lupa untuk subscribe. Jadilah seorang daripada the 'Followers' blog ini!

Tuesday, October 6, 2009

Apa ada pada nama...

Salam... agak lama juga aku tak post anything dlm blog nih. Lepas raya ni idea susah pulak nak keluar.
Sebelum tu aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua maaf zahir batin. Walaupun hari ni dah masuk 17 syawal tapi aku rasa kat Lembah Klang ni sambutan raya sampai 30 syawal.

Hari ni tetiba aku dapat alert ada someone nak add aku YM.nick dia najwa79xxxx. Aku ingatkan awek mana nak jadi fan aku..rupanya Iza Izlina office mate da.... Aku tanya dia kenapa nick dia beza sangat compared to her name.

So dia explaint lah...actually nama asal dia lain tapi masa baby selalu menangis dan selalu jatuh then parent dia jumpa one ustaz minta tolong 'tengokkan'. Ustaz tu advised supaya ditukarkan nama sebab nama asal tu berat sebab banyak sangat 'Nur'. So Iza i hope u tak marah aku kongsi cerita ni sebab ini bukan kali pertama aku dengar. Keluarga wife aku ada cerita macam ni... anak menakan (anak buah) wife aku namanya Mohd Fairuz... tapi dipanggil Shaudin. Kisahnya masa baby datuknya (bapa mertua aku) bagi nama Shaudin... tapi kakak ipar aku register ikut pilihan dia Mohd Fairuz. Nak dijadikan cerita...lepas tu baby tu asyik cirit je. Lepas tu bapa mertua aku advised diaorang untuk panggil baby tu dengan nama asal yang dicadangkan i.e. Shaudin dan alhamdulillah lepas tu masalah tu tak jadi lagi...Actually ada beberapa lagi kes yang aku dengar, tapi cukuplah 2 kisah ni untuk kita sama-sama berfikir...

Mungkin bagi kebanyakan drpd kita yang morden rasa semua ni karut, tapi bagi aku ni semua tak mustahil...semua nya kuasa tuhan. ilmu yang kita ada ni sememangnya hanya setitis daripada air lautan. Banyak lagi rahsia ilmu yang kita tak tahu. Hadith juga ada mengatakan bahawa nama tu adalah doa.

Moral of the story...
1. Bagilah nama yang baik untuk anak-anak kita
2. Janganlah panggil seseorang dengan gelaran yang buruk
3. Nama yang sedap bunyi tu tak semestinya elok maknanya

Sempoi.. share on: : facebook

2 comments: