Terima kasih atas kunjungan anda. Jangan lupa untuk subscribe. Jadilah seorang daripada the 'Followers' blog ini!

Monday, June 13, 2011

Kisah Uncle Siow

Khamis malam Jumaat, malam pertama aku bermalam di Hospital bersama abah. Suasana hening sesekali terdengar suara perempuan tua mengilai...sayup je..."aduiiiiii....... aduii...... aduiiii...." kesian nenek tu. Tak ada anak-anak yang meneman. Nak harapkan nurse pun ...nurse tak cukup aku rasa. Lepas tu aku dengar suara lelaki menangis sambil merayu-rayu. Tak berapa dengar pulak apa yang dikatakan,,,"matilah.... tolong lah...." itu je yang aku perasan. lepas tu aku buat tak dengar je sebab bunyi suara uncle tu berpanjangan sepanjang malam.

Esok tu sesekali terdengar juga suara uncle tu...macam mengomel sesuatu. Tapi aku buat tak dengar je. Petang tu doktor Hilmi tanya aku, "Tidur sini ke malam tadi?". "Ye" kata aku. "Malam-malam uncle Siow kat belakang tu tak bising ke?" "Ada juga. Dia sedih tak ada orang melawat kot" kata ku. "Oh, uncle tu dari rumah kebajikan. Uncle tu rasanya educated juga tu, bahasa Inggerisnya sangat baik" jelas doktor Hilmi.

Malamnya sekali lagi aku meneman abah di Hospital. Kira-kira jam 2 pagi aku rasa tak selesa dengar suara uncle Siow mendayu-dayu bunyi nya. Aku cuba dengar dengan lebih teliti apa yang dicakapnya. "Matilah....tak ada orang nak bagi air. Somebody please give some water.. adoi...matilah macam ni. Sikit pun tak bagi." Baru lah aku tau sebenarnya dia haus. Aku pergi dekat dengan katil Uncle Siow. Mata dia tertutup tapi dia boleh nampak kelibat aku. "Boy! please give me some water!". Aku capai gelas air berstraw kat sebelah katil dan suapkan kemulut Uncle Siow. Bukan main lagi disedutnya. Haus sangat gamaknya. Habis air setengah gelas tu aku pun nak balik ke katil abah. "Boy! i need some more. The other side.. I need for the other side" . Wah tangki air dia ada 2 bahagian ke? Aku tuang lagi setengah gelas. Disedutnya lagi sampai kering. "Finish" aku kata. "No son. not yet. let me suck. I didn't finish". Alamak! Aku rasa tak sedap hati. Kalau apa-apa jadi nanti aku pulak yang disalahkan. Aku terus pergi. Suara Uncle Siow masih kedengaran, tetapi tak seperti mula-mula tadi..dan suaranya semakin perlahan sehinggalah dia tertidur. Malam tu amanlah sikit. Uncle Siow tak lagi menangis-nangis sepanjang malam tu.....

(Moral: Hayati dan pikirlah sendiri...)

Sempoi.. share on: : facebook

No comments:

Post a Comment