Terima kasih atas kunjungan anda. Jangan lupa untuk subscribe. Jadilah seorang daripada the 'Followers' blog ini!

Friday, May 29, 2009

Java

Hari ini aku start tulis program menggunakan Java programming language. Since aku tak pernah buat program guna java...so nak mula tu memang menggagau kata org melaka. Minta si Nazri install, dia install JSP (Java server page). Totorial yg aku tengah study guna standard java (jdk).. Nak download latest JDK besar pulak failnya...nasib baik aku pernah download jdk1.5.0_07 masa aku kerja kat seriemas dulu...version lama pun ok lah...

So korang tunggulah...mayb aku akan cuba show some result from my speed learning...itu pun kalau aku tak fed-up, coz pengalaman awal aku ni rasa macam java ni leceh dan remeh sikit berbanding VB... mayb sebab aku belajar guna commad line kot... tak pa lah...bila dah faham konsep baru boleh belajar guna IDE.

Adios

Sempoi.. share on: : facebook

Thursday, May 28, 2009

Sorry United


Barca juara Champion League 2009......
Barca 2 : MU 0

Sorry la pada penyokong MU... Barca memang layak jadi juara mengikut prestasi final tsb.

Aku rasa kelemahan MU ialah bahagian Mid Field.... Barca dapat control Midfield so that keseluruhan game mengikut apa yang mereka rancang.

What ever.... this year Messi is the best player for this year.

Sempoi.. share on: : facebook

Monday, May 25, 2009

APC

Sempena penganugerahan APC 2008 yang aku terima pada 15 Mei 2009 lalu..di sini aku nak mengucapkan terima kasih... terutama sekali kepada mak dan abah yang sentiasa mendoakan kejayaan anaknya yang handsome ini (mak aku kata)..Isteri aku Siti Noor Atikah dan anak-anak aku Zulhazmi, Syazana Huda, Sofiya Hani, Zulhilmi kerana menjadi sumber inspirasi dan dorongan kepada aku untuk sentiasa berusaha bagi memajukan diri dan keluarga.


Tidak dilupakan anak buah aku (subordinate) ..Kalia dan Marliana...serta bekas anak buah Roshida yang banyak membantu aku mempelajari dan melaksakan tugas-tugas di pejabat.

Juga yang banyak memberikan bimbingan...Hajah Norini, Pn. Wan Munirah, Pn. Siti Jauyah..Kawan-kawan yang banyak membantu...Sarah, Salrina, Menong dan lain-lain.....Terima kasih.

Bersamalah kita mencapai kecemerlangan.

Sempoi.. share on: : facebook

Coffee Malaya


Ari tu aku pergi pembukaan restoran kawan aku En. Din di Bangi.
Restoran Coffee Malaya. Bila wife aku bagi tau yang En. Din nak bukak restoran, aku memang tak terkejut sebab tiap-tiap tahun aku pergi rumah dia punya open house memang dia masak sendiri. Masakannya juga tidak pernah mengecewakan.

So aku kat sini nak promote lah kepada kengkawan...bukan sebab En. Din (maybe sekarang kena panggil Chef Din) tu kawan aku... tapi sebab aku pasti korang takkan kecewa dengan rasa masakannya... sebab so far apa yang aku tau semua masakan Chef Din yang masak. Apa yang uniknya setiap resepi Chef Din cipta sendiri or modified sendiri.

Lokasi restorannya... aku tak taulah syeksen berapa.. tapi kalau dari Kajang...Jalan Reko menuju ke Hentian Bas, sebelum sampai simpang bandar baru bangi di sebelah kanan ada Stesyen petronas and kawasan rumah kedai.. Restorannya tepi jalan mengadap jalan ke Bandar Baru Bangi.

last time aku makan Kari Laksa dan Indonesian Noodle Sup memang sedap......

Sempoi.. share on: : facebook

Friday, March 6, 2009

Slumdog Millionare


Aku baru menonton filem ni Slumdog Millionare. Sebenarnya aku tak minat sangat filem hidustan, tapi memandangkan filem ni banyak menang oscar menyebabkan aku tertarik nak tengok...dan aku rasa sangat memuaskan. Kalau sesapa tak tengok lagi aku rekomen..utk korang tengok. Jalan cerita sangat menarik..lakonan sangat berkesan...My rating *****

Moral of the story: Lumrah manuasia susah nak percaya kepada orang yang tiada kedudukan...tapi kalau orang yg berpangkat, kaya, ternama...ramai yang akan percaya pada dia orang walaupun terang-terangan menipu.

Sempoi.. share on: : facebook

Tuesday, February 24, 2009

Cheetah


Salam.... lama gak aku tak tulis dlm blog ni.
Aku sebenarnya tengah tak de mood. Actually alu dapat invitation untuk join kumpulan pakar ict from my former boss, tapi somebody dah blocked the transfer at the last minutes...so aku fruss (betul ke ejaan ni) la skit since aku dah prepare my mind to go there.

What we can learn from this is, people will try they can to protect their interest eventhough they have to kill other person dream ( Orang akan cuba menjada kepentingan mereka dengan apa cara sekalipun walaupun ia akan membunuh impian orang lain).

However, i'm still proud of my self...sebab walaupun aku baru setahun lebih kat dept. ni, ade org nampak aku punya tallent.

What next?
Aku ingat aku nak pergi bercuti ke Maasai Mara wildlife Kenya. Boss aku tanya, apa pasal pilih Kenya? Sebabnya aku nak tengok haiwan terpantas didunia, cheetah, mengejar rusa..lalu menerkam leher rusa tersebut lalu diratahnya. Selain itu, aku pilih Maasai Mara sebab kat sana tak de talian telefon!


Sempoi.. share on: : facebook

Saturday, June 21, 2008

Movie Review - We Are Marshall


We are Marshall sebuah kisah benar yang telah diarahkan oleh Joseph McGinty Nichol atau McG. Berlatar belakang kisah bagaimana Marshall University berusaha untuk membina semula pasukan American Footballnya setelah kesemua pemain serta choaching staffs mereka telah terkorban dalam tragedi kapal terbang terhempas.

Sebuah filem yang bermula dengan suasana sedih dan memilukan tetapi kemudian dibina semula dengan watak Jack Lengyel seorang Head Choach yg dijayakan dengan cemerlang oleh Matthew McConaughey. Jack, seorang yang sentiasa berfikiran positif dan gila-gila telah berjaya meyakinkan president universiti, ahli-ahli baru pasukan serta penduduk-penduduk Huntington yang telah hilang motivasi kerana tragedi tersebut.untuk menghidupkan semula Program American Football di Marshall Universiti.

Secara keseluruhan cerita ini sememangnya sangat bagus untuk ditonton. Penghayatan watak choach yang sentiasa berfikiran positif dan kreatif adalah sesuatu yang patut dicontohi. Antara perkara yg penting yg pewrlu kita ambil perhatian ialah peranan emosi di dalam diri seseorang itu. Perkara tersebut banyak mempengaruhi seseorang mahukan masyarakat dalam membuat keputusan.


***** untuk filem ini.


Sempoi.. share on: : facebook