Terima kasih atas kunjungan anda. Jangan lupa untuk subscribe. Jadilah seorang daripada the 'Followers' blog ini!

Sunday, July 22, 2012

Hani vs Hilmi Si Penggoda


Alhamdulillah dah masuk Ramadhan. 1 Ramadhan bersamaan 21 Julai 2012 ni juga sebenarnya genap setahun pemergian abah. Hani @ Kak Cik ,yang akan masuk darjah satu tahun depan nampak bersemangat nak berpuasa tahun ni...tahun lepas puasa setengah hari je. Ibunya pun dah janji nak belikan baby doll kalau dia puasa penuh tahun ni. Tahun ni juga Kak Cik bangun sahur. Strategi awal aku..bawa Kak Cik keluar ikut aku utk beberapa urusan supaya dia tak ingat nak makan or minum susu. Lepas tu aku belikan buku supaya dia ada aktiviti kat rumah nanti. Sampai ke rumah dalam jam 2 petang. Hilmi si kecik yg tak puasa mula merengek nak makan. Ibunya berikan ayam goreng. Bau ayam goreng tu sangat menggoda sehingga Kak Cik mula merengek..."Kak Cik tak tahan bau ayam... nanti Kak Cik pening.... Kak Cik nak ayam jugak...." Aku pujuk Kak Cik... start semula kereta bawa dia dan Hilmi ronda-ronda. Kak Cik nak pergi tepi pantai...tapi mana ada pantai kat Semeyihni.. so aku drive saja...aku kata kalau jumpa pantai kita berhenti. Dalam sejam Kak Cik dan Hilmi dah tertidur dalam kereta. Aku pun pulang semua ke rumah...dalam jam 4 petang. Aku letak Kak Cik atas tilam dan aku baring sebelah...langsung terlelap. Aku terjaga dalam pukul 5..Kak Cik tak ada di sebelah lagi. Aku dengar suara Kak Cik sedang merengek kat dapur. Aku ambik sikit masa untuk bangun...tapi tiba-tiba aku lihat ditangga rumah.. Hilmi memenagang sebuah bekas sedang mengunyah keropok yang baru digoreng ibunya..ditemani Kak Cik!! Adoiiii kecewa betu rasanya. Macam sia-sia usaha aku dari pagi tadi. Yang ruginya dah pukul 5 petang... dan Kak Cik akhirnya tewan dengan godaan Hilmi untuk berbuka puasa lebih awal.

Hari ke 2 Ramadhan. Kali ini aku cuba sekali lagi untuk memastikan Kak Cik dapat berpuasa penuh. Sekarang aku tahu...selain memastikan Kak Cik sentiasa mempunyai perkara yang nak dibuat...juga memastikan Hilmi tidak makan dan minum depan Kak Cik. Hari ni...sampai jam 2 petang baru Kak Cik mula merengek. Aku tinggalkan dulu assignment yang baru separuh aku siapkan...aku bawa semua anak-anak dan isteri keluar bersiar-siar. Kali ni ke Semenyih Rabbit Farm. Seronok betul mereka. Dalam jam 4.30 ptg kami pun bertolak balik...masing-masing dah nampak mula keletihan..lebih-lebih Kak Cik...risau juga aku. Aku janji nak bawak Kak Cik ke Pasar Ramadhan..dan Kak Cik boleh beli apa saja yang dia nak. Di pasar Ramadhan...Kak Cik Nak beli air je..Dia pilih Tembikai Laici. Jenuh juga ibunya sebab terpaksa mendukung Kak Cik. Hilmi pun terpaksala aku dukung..semua keletihan...melepet..kata orang nogori. Sampai rumah Kak Cik macam dapat tenaga baru...segar sikit nampaknya sebab dah beli makanan. Alhamdulillah....sekarang tinggal 5 minit. InsyaAllah harini bakal tercipta sejarah..Nur Sofiya Hani Binti Afandi, 6 tahun, berjaya berpuasa penuh nuat pertama kali dalam hidupnya....

Sempoi.. share on: : facebook

No comments:

Post a Comment