
Pool View. Kecik je Swimming pool ni. Asyik berlaga bontot je. Kalau berlaga bontokngan aweks ok gak. Kui..kui..kui..
Sempoi.. share on: : facebook


The Champion Leauge Final - Atartuk Stadium Istanbul
Liverpool...The Champion of Europe !
Setelah 21 tahun, kini Liverpool FC kembali mengunguli bolasepak
eropah dengan mengalahkan AC Milan melalui penentuan penalti 3:2
selepas terikat 3:3 !
Sebagai penyokong setia Liverpool, i'm speachless. Perlawanan yang
diangap "The greates comeback" menceritakan bagaimana Liverpool yang
dah ketinggalan 3: 0 dlm separuh masa pertama, kemudian berjaya
menyamakan kedudukan dan seterusnya memenangi perlawanan! Aku masih
ingat apa yang dikatakan oleh comentetor sebelum rehat separuh masa
"There's no way for Liverpool to come back". Semasa rehat, semua
pengulas di ESPN mengangap AC Milan sudah pun memenangi perlawanan
sehingga ade yang menjangkakan Liverpool akan dibelasah teruk.
Tapi...keputusannya...lihatlah...satu KEAJAIBAN!
Bak kata Paul Mandsfield, "this is why football is the most beutifull
game. everithing is in it, passion, drama, tension, skill, beutifull
goal, joy, tears and glory....."
Tahniah Liverpool!
Hari ni Harga petrol naik lagi 10 sen. Baru je naik bulan october
lepas. Aku rasa dalam 2 -3 bulan lagi mesti naik sekali lagi.
Nampaknye kerajaan kita sekarang memang tak de duit. Jadi bebanan tu
di lepaskan kepada rakyat. Tensionnyeeeee... Lepas ni barang-barang
pun mesti naik. Gaji je yang tak naik!
Malam Tadi UEFA CL 2nd Semi final : PSV Eindhoven Vs AC Milan
Result : 3 Vs 1. Aggreget 3 - 3 Tapi AC Milan Masuk final berdasarkan
gol ditempat lawan. Pusingan pertama AC Milan menang 2 - 0.
Jadi, Milan and jumpa Liverpool di final. Liverpool kalahkan Chelse 1- 0.
Jumpa di Istanbul 25 May !