Terima kasih atas kunjungan anda. Jangan lupa untuk subscribe. Jadilah seorang daripada the 'Followers' blog ini!

Monday, February 8, 2010

Happy Birthday To My Self

Hari ini 6 Feb 2010 adalah hari lahir aku yg ke 34. Bak kata bos aku birthday ni bukan bertambah umur... tapi berkurang umur..yg kita tinggal.

Biasanya setiap tahun birthday aku sambut dengan melakukan perkara-perkara yang aku suka dan aku akan make sure yang hari tersebut aku akan sentiasa happy. Tapi tahun ni.. tak berapa nak best... wife aku kerja.. malam baru balik.. aku pulak tinggal kat rumah melayan Hani dan Helmi. Hazmi dan Huda pulak ke sekolah. So aktiviti aku ialah..basuh baju (mesin yg basuh...aku cuma tekan je..) jemur baju... layan anak-anak tengok Geng Bas Sekolah.... Belalang .... Kapten Boleh z z z z z z z z.

Ingat lagi dulu-dulu kalau birthday aku akan tulis puisi... tapi dah lama tak tulis..rasa macam dah berkaratlah idea.. Mungkin sebab dah kurang guna otak kanan...kalau di ofice pun banyak guna otak kiri.

Aku capai gitar ... cuba tulis lagu... upgradelah sikit. Melodi dah ada... liriknyapulak susah nak keluar.... nantilah aku polish balik.

Teringat pulak resolusi aku tahun ni... aku nak cukur misai. Sepanjang hidup aku tak pernah aku cukur misai ni... selalu aku trim je.. Lepas aku selesai mencukur misai...aku tengok kat cermin...fuuh.... patutla Ikah tak bagi aku cukur misai sebelum ni... nampak muda 10 tahun...kih..kih..kihh gelak aku dalam hati dengan penuh perasan. Siapa lagi nak puji kalau bukan aku sendiri. Masa nak ambil Ikah balik dari kerja, anak aku Huda pun berkata " Handsomenya ayah... mesti ada awek yang akan ngurat ayah.."

Ikah, belikan aku hadiah birthday..... memanglah tak berapa suprise sebab dia dah publish dalam facebook dia nak beli kan aku hadiah. Terima kasih sayang sebab belikan I hadiah tu.... tapi U lah sebenarnya hadiah yang palih istimewa yang pernah I dapat...

Itulah cerita hari ulang tahun kelahiran aku tahun ni. Tapi yang pasti wife aku tak komen apa-apapun pasal rupa aku tanpa misai. Dah agak dah...jeleslah tu..


Sempoi.. share on: : facebook