Terima kasih atas kunjungan anda. Jangan lupa untuk subscribe. Jadilah seorang daripada the 'Followers' blog ini!

Friday, August 21, 2009

1 Ramadhan


Malam 1 Ramadhan ni aku bergegas untuk pulang ke rumah dari office. Ku sangkakan panas sampai ke rumah, rupanya hujan di tengah highway. Oleh kerana aku memikul notebook di belakang, nampaknya aku terpaksa bertarawikh di Petronas Sunway Semeyih. Nasib baiklah ada free wifi. Thank you to the mgmt of this station. Bolehlah aku jadikan pusat persinggahan bila-bila perlu nanti. Jangan tukar password ye!

Terlanjur aku dah blogging ni, aku nak ucapkap selamat menyambut puasa kepada semua. Dan aku minta maaf kalau ada buat apa-apa kesalahan kepada korang semua.

Sempoi.. share on: : facebook

Tuesday, August 18, 2009

Kekalutan H1N1


Nampaknya sekarang virus H1N1 ni makin menggila.... apa taknya orang yang tak sakit pun jadi macam orang sakit. Nak pergi ke mana-mana pun rasa tak selamat. Bila tengok ramai orang pakai face-mask kat shoping teringat aku cerita movie 'Outbreak'. Lebih kurang sama kisah pasal selsema tapi virus dalam cerita tu originated from a monkey yang terdedah pada senjata kimia.

Wife aku dah 10 hari demam dan batuk. Anak aku dekat 2 minggu tak pergi sekolah...kalau pergi pun cikgu suruh balik sebab batuk.

Aku selitkan gambar masa bawa isteri aku pergi klinik kesihatan Beranang. Baru jam 7.30 pagi orang dah ramai. Ada seorang nenek yang demam selsema sedang sesak nafas minta tolong orang panggilkan doktor. Yang kesiannya menantu dia hantar sampai pagar klinik pastu gi kerja. Apa punya menantu hantu. Patutnya dibawa terus ke hospital!

7.30 pagi klinik belum buka...org ramai yg ada kat situ panggil Nurse supaya buka pintu klinik. Yang kelakarnya pintu klinik tak boleh dibuka sebab mangga kunci rosak..Tu gambar org ramai cuba buka mangga kunci tuh... aku dengar suara kat belakang ..."Kunci Klinik Mengalahkan Bank". Nasib baik lepas 15 minit boleh dibuka... kalau tak..aku tak tau lah apa jadi pada nenek tuh. Aku harap pihak klinik tukarlah mangga tu cepat.. memalukan lah......

Sempoi.. share on: : facebook

Monday, August 17, 2009

Bowling @ Alamanda


Gambar ni untuk tatapan kengkawan semua. Hadiah tempat ke 3 Bowling Jemputan GEV 2009. Aku abadikan gambar ni sebab hamper besar tu dah tak wujud coz telah di'kekahkan' wargh..warhg..wargh.

Tahniah to 'Panjang' coz dapat bowlers terbaik....

Sempoi.. share on: : facebook