Terima kasih atas kunjungan anda. Jangan lupa untuk subscribe. Jadilah seorang daripada the 'Followers' blog ini!

Tuesday, May 10, 2011

Resolusi Diet

Hari ni genap seminggu resolusi diet aku. Dan hasilnya belum nampak lagi..ha..ha..ha. Memang betullah, kalau kita nak buat sesuatu yg baik tu banyak betul dugaan. Minggu lepas ada banyak event yang menterpaksakan aku melupakan seketika plan diet aku. Tapi tak apa kot, sebab berat badan aku tak de lah naik...cuma tak turun lagi je... ha..ha.

7 May yang lalu bermulalah sejarah baru dalam keluarga kami bila Ikah joint kakak ipar aku (kira biras associate lah ni) buka Ain Cafe & Bakery. Aku rasa tak yah explain pun korang dah tau concept cafe ni. Cafe yang bersekali dengan kedai kek dan roti. Kalau nak singgah bolehlah ke alamat Ain Bakery & Cafe No. 27 Jalan Pulai Perdana Seremban, Negeri Sembilan (Sorry..Taman baru buka...Google Maps belum update lagi ha..ha..)




Sempoi.. share on: : facebook

Wednesday, May 4, 2011

Terima Kasih

22 April yang lalu genap 4 tahun aku kat gomen ni. Alhamdulillah, so far so good. Banyak perkara yang aku belajar. Hopefully segala tenaga, idea dan masa yang aku dah curahan mendapat menafaat kepada semua warga Malaysia dan semoga mendapat keredhaan Allah dan diharapkan halallah segala gaji dan elaun yang aku terima untuk diri dan keluarga.

Dalam posting khas ini aku nak ucap biliionan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, tunjuk ajar dan kerjasama sepanjang  aku berkhidmat di sini. Alhamdullillah, atas rezki kurniaan tuhan, sekali lagi aku dipilih untuk menerima APC untuk tahun 2010. Ikhlas, semaemangnya ku tak der pikir pasal APC ni sebab aku dah pernah dapat tahun 2008, tapi aku tetap bersyukur. Sebelum APC 2008 dulu memang aku inginkan sangat APC tu sebab masa tu aku baru joint gomen dan semasa dalam swasta dulu mana ada anugerah macam ni. Kalau ada sesiapa yang rasa aku tak layak dapat tahun ni dan ada orang lain yang lebih layak, aku mintak maaf. Aku percaya korang akan dapat juga nanti.. Amin.


Sempoi.. share on: : facebook

Tuesday, May 3, 2011

Diet Cara Aku

Hari ni aku nak start diet cara aku sendiri. Mungkin kat luar sana banyak cara yang dah dipublishkan...tapi aku nak cuba cara yang aku rasa aku boleh buat. Mungkin juga gabungan kaedah-kaedah yang pernah aku baca.

Aku ni bukan la kategori gemuk, berat badan pun 72 kg. Kalau ikut BMI (slightly overweight) sepatutnya dengan ketinggian aku 169 cm berat badan yang sesuai dalam lingkungan 60 - 69 kg, tapi yang paling ideal aku rasa 65kg (berat 10 tahun dulu) ha..ha.


Lately aku rasa tak berapa sihat, kadang-kadang sakit dada. Aku tak merokok so aku rasa maybe ada kena mengena dengan aku punya berat badan. Main badminton seminggu sekali, kekadang tambah sikit dengan 1 round of golf dah tentu tak cukup bagi aku yang 10 tahun dulu aktif bersukan.

So lagi sebulan kita sama-sama tengok berjaya ke tak rancangan aku ni.

Sempoi.. share on: : facebook

Wednesday, November 10, 2010

Suatu masa..

Bismillah....

Malam ni malam ke2 aku di INTIM, Kemaman. baru je balik dari ronda-ronda dengan offce mates ditemani member sekolah kawan aku Zam Menong. Dah 2 malam kami jalan-jalan keluar. Semalam dengan membernya yg lain...hari ni lain pulak...tapi aku lupa pulak nama kedua-duanya.... sorry, memang kelemahan aku susah nak ingat nama orang. Seronok aku dengar diaorang sembang pasal kengkawan sekolah lama. Aku pun mula teringat..manalah member-menber sekolah aku dulu?

Kat sekolah dulu aku memang tak ada kawan yang betul-betul kamching. Memang ada kawan-kawan rapat..tapi kalau nak ingat balik, kawan rapat aku berubah setiap tahun. Mungkin aku boleh imbas balik:

Sekolah Rendah :SKSP
Darjah 1: Aku tak berapa ingat dengan siapa yang aku rapat. Tapi aku masih ngat Rahmat (memang rumah dekat ngan rumah aku), Saiful (Orang pertama yg aku berkenalan).

Darjah 2-3: Nizam (anak tokeh kedai runcit). Orang panggil kedai runcit Kodok. Bukan aku nak menghina...tapi memang itu nama yg orang kampung gelar bapa dia. (Walaupun aku pun pernah ejek dia Nizam Kodok)


Darjah 4 - 6: Ramli, Nizam, Fandi. 3 orang sahabat yang duduk dalm 1 kkumpulan A. Yang lain budak pompuan. Oleh sebab sampai 3 tahun bersama, kita orang memang rapat lah. Sampai aku boleh cipta lagu 3 Sabahat...lawak giler. lagu tu pun masih aku ingat...yelah lagu pertama yang aku cipta sendiri pada tahun 1998.


Sekolah Menegah: SMK(A)SM
Tingkatan 1: Zamberi ,orang pertama aku berkenalan, tapi lepas pindah kelas dah tak berapa rapat sebab dia kelas lain. Lepas tu aku rapat ngan Fadzli @ Padli sebab duduk sebelah aku dalm kelas.

Tingkatan 2: Aku tak boleh nak recall la nama dia...kan aku dah kata kelemahan aku susah nak ingat nama orang...tapi muka dia aku masih ngat.

Tingkatan 3: Fauzi, bijak tapi macam ada misteri. Aku pun tak tau apa. Member study untuk persediaan SPR. Result aku lebih baik sikt dari dia walaupun aku banyak tanya dia. Tapi aku rasa sedih bila dengar dia berhenti belajar sebab masalah family and migrate to Singapore.

Tingkatan 4 - 5: Masa ni agak ramai member rapat aku, Azli Yaacob, Padli, Irnawan, Azahari dan 2- 3 oarang lagi...nama...lupa ha..ha...ha. Masa ni ramai sikit sebab yelah ..masa ni baru mula nak nakal-nakal sikit. Panjat pagar asrama gi tengok Clift Hannger, Jurasic Park, main bowling (masa tu kena tulis markah manual atas kertas).

Manalah agaknya diaorang semua sekarang ni. Semoga sihat dan dalam lindungan Allah. Ada juga dengar beberapa orang yang dah pergi selamanya. Cuba-cuba gak cari dalm FB ..tapi tak jumpa pulak. Rasa macam nak bersembang dengan diaorang...sambil mengimbas kisah-kisah zaman sekolah...Kena buat jejak kasih ni...

Sempoi.. share on: : facebook

Monday, September 6, 2010

Hari puasa paling mencabar tahun ini

Salam.

Jumaat lepas aku terpaksa ambik cuti emergency. Ops Vitamin B pun dah setle so bolehlah aku release sikit. Ikah suspected denggi masuk hari ke 2, Hazmi terbaring layu dari malam semalam tapi doktor kata just normal virus fever. Huda dan Hilmi dah ok nampaknya. Hani pun muntah-muntah pagi ni. Hari ni sekali lagi aku posa sensorang kat rumah. 7.30 a.m. aku dah clocked-in kat Klinik Beranang.Nasib baik tak berapa ramai hari ni. 9.30 a.m. dah selesai. Hani ada problem tonsil kata doktor. Result Blood Platelets Ikah still dropping, menunjukkan tanda-tanda denggi, tapi hairan juga sebab suhu badan tak tinggi pun. Esok kena test lagi.

Cuaca boleh tahan panas.. masa solat Jumaat dapat rasa keperitan pancaran matahari tu sampai mencapai titik kedahagaan yang amat. Tonsil aku pun agak membimbangkan walaupun semalam aku tidur sambil kulum Diflam sampai sahur. Aku rasa kalau kat ofis taklah seletih ni coz kat ofis sejuk..ada aircond dan kesibukan kerja tak berapa sedar sangat masa beredar. Sabar..dugaan.

Petang, aku pi beli makanan berbuka kat pasar Ramadan kat depan depan je. Beli ala kadar je... sebab selera pun macam dah tak ada.. badan pun mula rasa tak berapa stabil...berjangkit pulak ke demam ni.

Masa berbuka aku dah tak tahan lagi. aku habiskan cepat-cepat nasi dalam pinggan, terus telan panadol 2 biji...lepas isyak aku tidur sampai sahur. Ya Allah... ini semua dugaan mu. Tabahkanlah hambaMu ini dan ampunilah kami sekeluarga dan lindungilah kami dari wabak penyakit dan azab api nerakaMu.

Ini cuma sedikit dugaan... aku percaya ada orang lain sedang menerima dugaan yang lebih dahsyat.  


Sempoi.. share on: : facebook

Thursday, August 19, 2010

Bini Baru

Salam...

Jangan terkejut!!! Isteri aku yang sah masih lagi satu...ha..ha..ha.

Biasa dengar tak orang selalu kata...kereta ni isteri ke 2 bagi lelaki (walaupun aku tak pernah anggap macam tu). Sebab tu lah aku bagi tajuk "Bini Baru" sebab aku baru beli kereta baru...tak de lah kereta baru..sebab aku beli second hand. Kira macam kawin janda lah.....ha..ha..ha. LOL. Bini baru nama Kancil 850A.

So sesapa nak skuter NAZA aku boleh ambik free. Tapi kena repairelah ...aku rasa budget dalam RM 400 - RM700. Road Tax insurance hidup lagi tu sampai tahun depan. Body masih cantik... macam janda berhias ha..ha..ha..LOL.



Sempoi.. share on: : facebook

Tuesday, July 27, 2010

Seringkali

Salam.. hari ni tak berapa sibuk...coz tiada kerja-kerja yg berdateline menjerat leher. So aku banyak luangkan masa untuk study online (ESPA)..ada gak pekdahnya.

Lunch time tadi aku surfing youtube..and Bang! aku terjumpa channel artis yang aku memang minat dulu MamanTeacher'sPet. Idup lagi mamat ni rupanya...ha..ha..ha. Masa syudy dulu album "Di Suatu Hari Di Suatu Waktu" adalah kaset yang terbaik pernah aku beli. Lagu-lagu semua memang best..melody mengasyikkan dan lirik yang puitis. Tapi apasal ko tetiba hilang. Pencarian aku dalam web..baru aku tahu rupanya Maman ada buat album ketuahanan berjudul "Hijrah" baru-baru ni. ooo...pesal aku tak tau.

Dah terlanjur penemuan yg mengembalikan nostalgia..aku pun download video cord lagu "Seringkali". malam ni bleh layan jap... ha.ha..ha. Untuk Korang...layan lah dulu lagu ni ...dengan ehsan Youtube



Sempoi.. share on: : facebook