Terima kasih atas kunjungan anda. Jangan lupa untuk subscribe. Jadilah seorang daripada the 'Followers' blog ini!

Thursday, July 23, 2015

Raya Tahun Ini...

Salam Aidil Fitri kepada semua ..walaupun dah masuk 7 syawal...

Tahun ni raya agak berlainan sikit dari tahun-2 yg lalu.

1. Tahun ni giliran raya di Melaka dahulu. Tapi agak kelam kabut sebab renovation rumah mak tak siap  lagi 100%. Malam raya kami gotong royong bersihkan rumah. Mak nak raya rumah ni gak ... tak de feel lah raya kat rumah teres yang tak de laman.. So malam tu sempat juga lah layan bebudah main bunga api!

2. Tahun ni buat pertama kalinya aku berjubah di pagi raya. Tahun ni anak aku Hilmi kata nak pakai jubah macam budak tahfiz. Susah juga nak cari jubah kanak-kanak yg sesuai ...alhamdulillah dapat beli di area belakang Warta Bangi. Hargapun boleh tahan murah nak dibandingkan tempat lain.


3. Raya kali ni mak dan ayah mertua beraya di Jitra kerana uzur. Jadi kali ni kami kena travel jauh sikit la ke Utara berbanding biasa di Kampung Aman Kepala Batas Penang. Tapi tak de lah terperangkap jem sebab balik raya ke2 terus dari Jasin Melaka..singgah sebentar di kg aman dan terus ke Jitra.

4. Tahun ni buat pertama kalinya kami balik dari Utara ikut jalan lama. Memandangkan jem teruk di Highway... kami cuba redah jalan lama berpandukan GPS Google Map. Parit Buntar Ke Taiping & Changkat Jering - Manjung - Sabak Bernam -Shah Alam --Semenyih.. dari Jam 7 ptg ...sampai 3.pagi  z z z z zz.


5. Tahun ni Huda balik tinggal di asrama raya ke 6 (patutnya raya ke 5.. pontengla sehari). So lepas ni aktiviti beraya susulan ..kami berlima je lah. Bila pikir balik... sememangnya kami telah mula akan jarang bersama pada saat Huda masuk asrama...yelah lepas sekolah...insyaallah masuk U...lepas tu mungkin kerja dan berkahwin.. Cepatnya masa berjalan.


Tetiba 'feeling' lah pulak.. ok selamat hari raya..maaf zahir batin.

p/s: Sorry kalau tak best posting ni tak best. At least cerita ni bila baca balik 5 tahun akan datang lebih bermakna bagi aku.

Sempoi.. share on: : facebook

No comments:

Post a Comment