Terima kasih atas kunjungan anda. Jangan lupa untuk subscribe. Jadilah seorang daripada the 'Followers' blog ini!

Thursday, July 23, 2015

Raya Tahun Ini...

Salam Aidil Fitri kepada semua ..walaupun dah masuk 7 syawal...

Tahun ni raya agak berlainan sikit dari tahun-2 yg lalu.

1. Tahun ni giliran raya di Melaka dahulu. Tapi agak kelam kabut sebab renovation rumah mak tak siap  lagi 100%. Malam raya kami gotong royong bersihkan rumah. Mak nak raya rumah ni gak ... tak de feel lah raya kat rumah teres yang tak de laman.. So malam tu sempat juga lah layan bebudah main bunga api!

2. Tahun ni buat pertama kalinya aku berjubah di pagi raya. Tahun ni anak aku Hilmi kata nak pakai jubah macam budak tahfiz. Susah juga nak cari jubah kanak-kanak yg sesuai ...alhamdulillah dapat beli di area belakang Warta Bangi. Hargapun boleh tahan murah nak dibandingkan tempat lain.


3. Raya kali ni mak dan ayah mertua beraya di Jitra kerana uzur. Jadi kali ni kami kena travel jauh sikit la ke Utara berbanding biasa di Kampung Aman Kepala Batas Penang. Tapi tak de lah terperangkap jem sebab balik raya ke2 terus dari Jasin Melaka..singgah sebentar di kg aman dan terus ke Jitra.

4. Tahun ni buat pertama kalinya kami balik dari Utara ikut jalan lama. Memandangkan jem teruk di Highway... kami cuba redah jalan lama berpandukan GPS Google Map. Parit Buntar Ke Taiping & Changkat Jering - Manjung - Sabak Bernam -Shah Alam --Semenyih.. dari Jam 7 ptg ...sampai 3.pagi  z z z z zz.


5. Tahun ni Huda balik tinggal di asrama raya ke 6 (patutnya raya ke 5.. pontengla sehari). So lepas ni aktiviti beraya susulan ..kami berlima je lah. Bila pikir balik... sememangnya kami telah mula akan jarang bersama pada saat Huda masuk asrama...yelah lepas sekolah...insyaallah masuk U...lepas tu mungkin kerja dan berkahwin.. Cepatnya masa berjalan.


Tetiba 'feeling' lah pulak.. ok selamat hari raya..maaf zahir batin.

p/s: Sorry kalau tak best posting ni tak best. At least cerita ni bila baca balik 5 tahun akan datang lebih bermakna bagi aku.

Sempoi.. share on: : facebook

Tuesday, May 19, 2015

Assalamualaikum..Sungai Besar

Alhamdulillah... masih bernyawa sehingga ke hari ini. Rasa rindu pula pada blog yg tak berapa meriah ni... ye lah..aku pun dah lama tak blogging. Mungkin lebih senang update status kat FB je.. tapi hari ni aku baca balik posting-2 lama..rasa macam best juga.. dapat mengimbau balik cerita-2 lama..



Since tamat pengajian Master di LUCT tahun lepas, hidup kembali sibuk dengan alam kerja. Tahun ni Huda dapat sambung sekolah menengah di SMKA Simpang Lima... jadi selalu juga aku pergi ke Sungai Besar utk melawat dia.. Satu tempat yg asing bagiku dulu..sekarang macam dah mula familiar dengan jalan & suasananya. Banyak juga benda menarik di kawasan Sungai Besar ni.. terutama makanan. So far dah cuba Mentarang Bakar (3.5*), Mee Udang Tanjung Karang (4*), Mee Udang BNO(3*), Mee Kari Udang Lipan Sg. Hj Dorani (4.5*), Cendol Bakar (3.5*) & Sekinchan Ikan Bakar (3*). Nanti nak survey lagi mana yg best. Kalau nak beli hasil laut pun murah...

Lepas ni nak cuba menginap di Homestay HJ Dorani pulak.. nampak macam menarik...


Sempoi.. share on: : facebook

Wednesday, July 3, 2013

Motivation..the New Thinking

Tadi dalam kereta dengar program bual bicara di Bernama Radio pasal staff motivation. Nama panel jemputan tak berapa clear...rasanya macam Nik Goh...lebih kurang la bunyinya.  Dari banyak-banyak points  aku tertarik dengan 3 perkara yg aku rasa baru aku dengar.. tapi menarik.

1. Books exchange - buat program pertukaran buku antara staf di pejabat. Biasanya orang beli buku baca sekali je..lepas tu terus dirakkan je lah sebagai hiasan. Pada hal harga buku tu bukannya murah. Kalau diadakan program book exchange antara staffs di pejabat.. secara tak langsung menjimatkan kos selain menambah ilmu (kalau buku ilmiah lah..kalau buku novel... tambah berangan kot...he..he.) Masalahnya mengikut statistikkan rakyat Malaysia ni kurang membaca...yg banyak dibaca Facebook, tweeter... rasanya tu tak masuk dalam ststistik.

2. Sediakan makanan untuk staff. Bunyi macam tak logik...tapi aku rasa ini antara cara yg baik utk meningkatkan motivasi staff dan buatkan staff suka kerja kat company tu. Aku pernah kerja part time kat satu pejabat masa zaman Uni. dulu. Pejabatnya jauh sikit dari kedai makan..so kalau staff nak keluar makan susah sikit. Jadi company tu sediakan makan tengah hari yg dimasak secara bergilir-gilir oleh staff. Big boss pun makan sekali ..tak kiralah sedap ke tak. Dari situ wujud suasana yg baik antara staf dan bos, taff turn over sangat kurang.. .. staff pun gembira sebab dapat save budget. Staff kat situ tak de lah ramai... dalam 10 - 15 org je. ..perbandingan ketara boleh kita lihat di Restoran Fast Food ... walaupun syarikat jual makanan.. staff nak makan staff meal pun berkira...ada yg sampai curi makan.. Patutlah staff turn over sangat tinggi.

3. Customer is not always right. Kita biasa org cakap customer is alway right! Company selalu pikir customer sanngat penting kerana customer yg akan beli barang atau services... tapi staff juga sangat penting sebab kalau tak ada staff macam mana business nak jalan? Jika ada complaints .. boss perlu selidik dulu ... adakah complaints itu munasabah dan adakah itu betul salah staff. Selalunya orang yg tabiatnya suka complaint memang akan complaints saja. Bos perlulah bijak menilai dan mengambil tindakan... barulah dihormati dan dihargai!

Sekian terima kasih...nak tidur  z z z z z

Sempoi.. share on: : facebook

Saturday, June 8, 2013

Happy Birthday Mak!

Dah pukul 11 pagi baru aku teringat...hari ni birthday mak yg ke 74!

Alhamdulillah dapat call mak tadi... mak kata kaki dia sakit.. sedih jugak aku sebab tak de siapa yg beli kek utk mak hari ni. Aku mintak maaf kat mak sebab tak dapat balik minggu ni.. Semoga Allah memberi kesihatan dan kekuatan pada mak... amin.

Sempoi.. share on: : facebook

Hey! Its Saturday!


This weekend is a different weekend for me. Need to be more strategic in time mgmt!

Got a short-dateline individual & group assignment to be completed in 1 week! When I look back at my schedule ...realized that I've a very tied window to complete the task. I really need to boost my energy! Done know whether I can stand with this situation for a year to go. Hope for the best for my my family. Insyaalah...

Today timeline target is 3pm max!

Sempoi.. share on: : facebook

Tuesday, December 11, 2012

Needing Me

Hari ni tak tau kenapa tergerak hati untuk uodate blog ni. Mungkin sebab dah kebuntuan idea untuk teruskan assigment yang terbaru ni. "Strategic Management". Oleh sebab tajuknya agak umum dan terbuka...aku macam tak ade idea nak buat topik apa. Mungkin aku akan proceed dengan topic DSS in Strategic Mgmt...ok kot.

Satu lagi cabarannya...aku tak tau exactly dateline assignment ni. Lecture  just bagi tau ..hantar sebelum exam final. Exam date pulak belum keluar lagi. Nampaknya.. study & siapkan assignment dalam masa yg sama!

Cabaran tambahannya...my wife & anak-anak dah sibuk dgn perancangan balik ke Buterworth!

Need to 'strategically manage those things'. Common Fandi! u can do it!

Sempoi.. share on: : facebook

Monday, July 30, 2012

Tamat Fasa Pertama

Alhamdulillah.... hari ni 10 Ramadhan...tamatnya fasa pertama dan masuk fasa kedua...iaitu fasa pengampunan..InsyaAllah

Tahun ni persiapan raya paling awal dalam sejarah selepas berkeluarga. Biasanya last minit baru beli... dgn andaian dah hujung...org mesti lelong kasi habis..tapi tak jugak rasanya. Biskut raya mungkin lah. Minggu lepas habis semua shopping baju raya. Jangan ada pulak org nak repeat sudah..

Tahun ni pergi membeli di Parkson Selayang Mall. Dulu-dulu masa duduk Bandar Baru Selayang memang selalulah ke sana...Diskaun 10% - 70%..tapi tak tau betul ke tak? Yelah harga baju budak kecik asal RM 80...diskaun jadi RM 40. Rasa macam harga asal memang RM40!

Semalam jugak birthday Huda yg ke 10. Happy birthday kakak...sorry ayah tak beli hadiah tahun ni...baju raya tu kira hadiah lah ye...Nak beli kek pun...puasa ni tak lalu nak makan. Ayah harap kakak semakin matang dan rajin solat. Tak lama lagi nak masuk alam remaja dah...

Sempoi.. share on: : facebook